6 Oktober 2009
TERENGGANU VS SARAWAK
( 8.45mlm,Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,K.Terengganu.)
Setelah tunduk 1-0 kepada N.Sembilan,skuad Penyu sekali lagi turun di SSINS untuk membuat perhitungan dengan Sarawak dimana perlawanan ini adalah perlawanan pusingan kedua peringkat kumpulan.Jika melihat pada corak permainan skuad Penyu pada aksi bertemu N.Sembilan,nyata masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh ketua jurulatih skuad Penyu iaitu Ken Worden.Jika aksi serupa ditunjukkan Selasa ini,tidak mustahil skuad Penyu akan sekali lagi mengigit jari.Kemenangan ke atas Sarawak amat ditagih kerana selepas ini skuad Penyu akan mengharungi baki perlawanan di tempat lawan yg nyata agak sukar buat skuad Penyu.
Kita lupakan skrip Sabtu lalu dan kita mengharapkan mutu pengadilan pada perlawanan akan datang tidak akan menjejaskan misi pasukan dan juga harapan penyokong.Diharapkan semua penyokong skuad Penyu dapat hadir ke stadium untuk memberi sokongan padu.Tanpa sokongan kita semua,pasukan kita takkan kemana.Oleh itu,marilah sama2 kita semarakkan kembali semangat kesukanan untuk membawa skuad Penyu ke pentas yang menjadi rebutan semua pasukan.Di ingatkan agar kite semua tidak membawa masuk barang larangan (mercun) kerana ianya bakal merugikan pasukan kita jika perlawanan di hentikan akibat letupan mercun.Semoga dengan kerjasama anda semua dapat kita saksikan satu perlawanan yang menarik tanpa gangguan.Ayuh buktikan sokongan kita tetap bersama skuad Penyu..Peteh Tranung Peteh..

ahoo}

anukiter}