Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim
(1 viewing) (1) Guest

TOPIC: Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim

Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 05 Jul 2010 17:36 #309335

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga GSN...

Alhamdulillah setelah sekian lama mengkaji dan berbincang berkenaan aktiviti tahunan GSN bagi tahun 2010. Akhirnya hasil perbincangan bersama dalam mesyuarat bersetuju untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Majlis : Berbuka Puasa GanuSoccer.Net (GSN),Pemain Liga Super Terengganu/T-Team Bersama Anak-Anak Yatim 2010.
Tarikh : 15 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 6:00pm - 8:00pm
Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim Al-Falah, Bukit Payung.


Dengan itu kami amat berharap semoga semua warga GSN yang ada tidak keberatan untuk menyumbangkan dana untuk membiayai majlis ini. Sumbangan saudara semua sebagai sedekah di bulan Ramadhan yang akan datang ini dapat meringankan beban anak-anak yatim dan kita yang masih mampu ini sepatutnya bersyukur dengan keadaan yang ada sekarang.

Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud "Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda iaitu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu" (riwayat Muslim ).

Dalam sepotong ayat daripada Abi Umamah berkata : "Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya"

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: "berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim"

Pihak kami sangat berbesar hati diatas sumbangan anda semua. Sumbangan ini juga tidak terhad kepada ahli sahaja malah sumbangan dari individu lain juga bagi menanggung urusan perbelanjaan dan sumbangan kepada pihak pengurusan anak-anak yatim tersebut.

Untuk keterangan lanjut anda boleh berhubung dengan :-

Paijang (019-3046779)
Geng Ganu (017-9529107)
Ganuboyz (0139576996)
Chikaro (013-6000406)
Ummi Fganugirls (012-3921326)
Yerrs (019-9573314)
Semie (016-9864002)
Kabus Ribut3 (019-9642408)

Sumbangan utama adalah dalam bentuk WANG. Dan lain-lain sumbangan yang anda ingin sumbangkan adalah seperti pakaian,beras dan barang keperluan harian.Sumbangan boleh diserahkan kepada nama yang diatas dan sumbangan wang tunai bolehlah dimasukkan ke dalam akaun :

Sumbangkan RM20 setiap seorang dan selebihnya bergantung kepada keihklasan anda.

CIMB 1302 0139 7775 27 (Siti Helnani/Chikaro)
MBB 114196867032 (Mohd Hanaffi Abd. Wahab/Mat Paijang)

Sebarang info akan diupdate dari semasa ke semasa.

Sumbangan seorang penyumbang seorang anak yatim..sumbangan ikhlas dialu-alukan




"Menyokong Sambil Beramal"
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh
Last Edit: 05 Jul 2010 21:19 by chikaro.


Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 06 Jul 2010 16:53 #309396

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga GSN...

Alhamdulillah setelah sekian lama mengkaji dan berbincang berkenaan aktiviti tahunan GSN bagi tahun 2010. Akhirnya hasil perbincangan bersama dalam mesyuarat bersetuju untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Majlis : Berbuka Puasa GanuSoccer.Net (GSN),Pemain Liga Super Terengganu/T-Team Bersama Anak-Anak Yatim 2010.
Tarikh : 15 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 6:00pm - 8:00pm
Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim Al-Falah, Bukit Payung.


Dengan itu kami amat berharap semoga semua warga GSN yang ada tidak keberatan untuk menyumbangkan dana untuk membiayai majlis ini. Sumbangan saudara semua sebagai sedekah di bulan Ramadhan yang akan datang ini dapat meringankan beban anak-anak yatim dan kita yang masih mampu ini sepatutnya bersyukur dengan keadaan yang ada sekarang.

Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud "Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda iaitu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu" (riwayat Muslim ).

Dalam sepotong ayat daripada Abi Umamah berkata : "Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya"

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: "berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim"

Pihak kami sangat berbesar hati diatas sumbangan anda semua. Sumbangan ini juga tidak terhad kepada ahli sahaja malah sumbangan dari individu lain juga bagi menanggung urusan perbelanjaan dan sumbangan kepada pihak pengurusan anak-anak yatim tersebut.

Untuk keterangan lanjut anda boleh berhubung dengan :-

Paijang (019-3046779)
Geng Ganu (017-9529107)
Ganuboyz (0139576996)
Chikaro (013-6000406)
Ummi Fganugirls (012-3921326)
Yerrs (019-9573314)
Semie (016-9864002)
Kabus Ribut3 (019-9642408)

Sumbangan utama adalah dalam bentuk WANG. Dan lain-lain sumbangan yang anda ingin sumbangkan adalah seperti pakaian,beras dan barang keperluan harian.Sumbangan boleh diserahkan kepada nama yang diatas dan sumbangan wang tunai bolehlah dimasukkan ke dalam akaun :

Sumbangkan RM20 setiap seorang dan selebihnya bergantung kepada keihklasan anda.

CIMB 1302 0139 7775 27 (Siti Helnani/Chikaro)
MBB 114196867032 (Mohd Hanaffi Abd. Wahab/Mat Paijang)

Sebarang info akan diupdate dari semasa ke semasa.

Sumbangan seorang penyumbang seorang anak yatim..sumbangan ikhlas dialu-alukan




"Menyokong Sambil Beramal"
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 12 Jul 2010 00:02 #309784

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Surat Rasmi Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim







Klik Untuk Besarkan Image
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 14 Jul 2010 23:10 #309938

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Sumbangan anda dialu-alukan
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 27 Jul 2010 00:33 #310530

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Peringatan :-

Deadline kutipan sebelum bulan Ramadhan bagi memudahkan urusan pembayaran atau pembelian barang-barang untuk persiapan majlis berbuka puasa ini..

Semoga anda semua dapat memberi kerjasama untuk membantu menambahkan dana bagi melancarkan urusan majlis ini. Terima kasih.
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 27 Jul 2010 20:06 #310566

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Majlis : Berbuka Puasa GanuSoccer.Net (GSN),Pemain Liga Super Terengganu/T-Team Bersama Anak-Anak Yatim 2010.
Tarikh : 15 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 6:00pm - 8:00pm
Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim Al-Falah, Bukit Payung.
Attire : Baju GSN (Ahli),T-Shirt Hitam atau Putih (Bukan Ahli)

Menjemput semua warga GSN (forumer),pemain Liga Super Terengganu/T-Team bagi meraikan anak-anak yatim Al-Falah pada bulan Ramadhan tahun 2010 ini.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi memudahkan urusan majlis ini.Semoga sedekah tuan/puan diberkati oleh Allah s.w.t.

Kami juga berharap semoga mendapat sedikit sumbangan tuan/puan atau mana-mana individu yang ingin menyumbangkan wang ringgit,pakaian ataupun barangan keperluan harian.

Sumbangan dalam bentuk wang diutamakan bagi membiayai majlis berbuka puasa ini termasuk sumbangan kepada pihak pengurusan rumah anak-anak yatim tersebut.

Sumbangan Tuan/Puan atau mana-mana individu amatlah dihargai.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan kepada :-

CIMB 1302 0139 7775 27 (Siti Helnani) - konte
MBB 114196867032 (Mohd Hanaffi Abd. Wahab/Mat Paijang)

Selepas membuat pembayaran bolehlah memberi nama anda melalui mesej di FB atau pon sms kepada saya sendiri di talian 013-6000406 (CIMB Karo) ataupun 019-3046779 (MBB Paijang)

Sumbangan barangan pula bolehlah anda menghubungi ditalian tersebut :

Mat Paijang/Mohd Hanaffi (019-3046779)
Geng Ganu/Ar Rushdan Langgi (017-9529107)
Ganuboyz/Ahmad Fahmi Husain (0139576996)
Chikaro/Mohd Mazhafar Mansor (013-6000406)
Fganugirls/Ummi Munira Fganugirls (012-3921326)
Yerrs/Ridzwan Mohd Ali(019-9573314)
Semie (016-9864002)
Kabus Ribut3/Ahmad Shariman (019-9642408)
Eezmo/Izhan Azwar (012-9562753)

Seorang penyumbang dana..seorang anak yatim..sumbangan ikhlas juga sangat dialu-alukan

Sumbangkan RM30 setiap seorang dan selebihnya bergantung kepada keihklasan anda.

Seorang penyumbang membiayai seorang anak yatim.
Jumlah derma/sumbangan tidak terhad. Bergantung kepada kemampuan dan keikhlasan anda.

Dan kepada sesiapa yang berkenaan tidak dapat hadir (forumer) ataupun mana-mana individu bolehlah menghulurkan sedikit bantuan dana/sedekah kepada kami supaya dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya. Semoga tuan/puan atau mana-mana individu tersebut dirahmati dan diberkati ALlah s.w.t..Amin.

"Menyokong Sambil Beramal"
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 10 Ogs 2010 08:37 #311304

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Jumlah kutipan masih belum mencukupi..Harap warga GSN dapat memberi kerjasama bagi melancarkan majlis ini.
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 13 Ogs 2010 13:47 #311424

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Alhamdulillah..
Kutipan akhirnya berjaya dikumpulkan mengikut apa yang dirancang..
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 13 Ogs 2010 13:50 #311425

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 14 Ogs 2010 16:28 #311465

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Hari ini beberapa ahli GSN akan ke Rumah Anak-Anak Yatim untuk melihat fasiliti bagi menyusun agenda yang perlu dilaksanakan.
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 15 Ogs 2010 00:45 #311486

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Banner Majlis Berbuka Puasa



GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 15 Ogs 2010 14:44 #311503

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Perhatian kepada warga GSN atau mereka yang akan hadir ke majlis berbuka puasa bersama anak yatim :

Waktu : 6.00pm (sudah berada disana mengikut agenda yang telah ditetapkan)
Pakaian : Ahli GSN dikehendaki memakai baju t-shirt rasmi GSN dan bukan ahli bolehlah memakai pakaian hitam/putih jika ada.

Majlis akan bermula seawal jam 6:00pm.

Sesi bergambar bersama anak-anak yatim

Pembahagian tempat duduk

Ucapan serba sedikit dari pengurusan anak-anak yatim

Ucapan dari wakil GanuSoccer.Net

Penyerahan sumbangan wang tunai dan barangan

Bacaan doa dari wakil anak-anak yatim

Majlis berbuka puasa

Sembahyang mahgrib berjemaah bersama anak-anak yatim
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 16 Ogs 2010 19:40 #311541

  • chikaro
  • OFFLINE
  • Admin
  • "Tang Parok!!!"
  • Posts: 8406
Alhamdulillah akhirnya program yang dirancang selama sebulan lebih telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun ada beberapa kekurangan tetapi ianya tidak menjejaskan persiapan kami dan kami di GanuSoccer.Net GSN akan membuat perancangan lagi untuk anak-anak yatim Darul Falah dengan mengadakan beberapa program lagi selepas ramadhan ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan kepada yang hadir juga kami ucapkan jutaan terima kasih kerana datang meraikan anak-anak yatim yang memerlukan perhatian kita semua.






Terima kasih kepada yang hadir :-

1.Mat Paijang (Pengarah Program)
2.GengGanu (Pengerusi Majlis)
3.Eezmo (Akauntan)
4.Yerss
5.Ganuboyz
6.Chikaro
7.Kudin Hamlau
8.Kabusribut3
9.ARumugan
10.Semie
11.Taichiro
12.Mr.nike
13.Ariff
14.Pocek
15.Kickkers
16.RC
17.Hikaru
18.Fganugirls
19.Jeffnie
20.Daniel de Souza
21.Mat Mie Ganu
GSN - 30
Muahahahahhahahahampeh



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 16 Ogs 2010 19:45 #311543

  • wan
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 5359
Alhamdulillah...
Tahniah dn syabas diatas kejayaan mengajurkan majlis seumpama ini...
putih+ merah = pink

GSN 12



Re:Majlis Berbuka Puasa GSN Bersama Anak-Anak Yatim 16 Ogs 2010 19:46 #311544

  • mizie
  • OFFLINE
  • Penyu Daung
  • Posts: 2038
sape pegawai satuang & player hok mari??



Time to create page: 0.55 seconds