Asslamualaikum/salam sejahtera
Peringatan untuk semua forumer GSN yg dihormati. TQ
1) Forum terbuka kepada semua rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya tanpa mengira had umur, bangsa dan agama.
2) Username yang hendak didaftarkan perlulah berlainan daripada username yang telah sedia ada. Pihak GSN akan mengubah username yang seakan akan sama demi mengelakkan kekeliruan kepada penguna lain.
3) Pengguna bebas menggunakan apa jua bahasa untuk tujuan "posting".
4) "Posting" hendaklah bebas drp unsur lucah, perkauman, politik, hasut, kutuk, dengki, provokasi dan seumpamanya yang negatif secara keterlaluan dan menyinggung perasaan orang/organisasi lain.
5) Pihak pengurusan forum akan mengambil tindakan sewajarnya seperti "edit" atau "delete" akan diambil sekiranya pihak pengurusan mendapati "posting" anda tidak layak disiarkan kerana mengandungi unsur no 4).
6) Pengguna yang mendaftar dan gagal untuk membuat sebarang posting dalam masa 3 bulan akan secara automatik di"delete" keahliannya. Pengguna biasa yang tidak aktif untuk jangka masa 6 bulan berturut turut tanpa memaklumkan secara bertulis, lisan atau melalui apa jua kaedah yang diterima pakai akan diletakkan bawah kategori "NON-ACTIVE" dan akan di"DELETE" keahliannya. Anda boleh mendaftar semula sekiranya anda masih berminat untuk bersama selepas di"DELETE".
7) Pihak pengurusan forum tidak bertanggungjawab atas segala "posting" yang dibuat oleh pengguna forum. Sebarang liabiliti adalah tanggungjawab "poster" itu sendiri.
8) Avatar dan Signatures mestilah bebas daripada unsur politik, perkauman, lucah, provokasi dan apa jua yang melampau drp norma kita.
9) Sebarang bentuk periklanan yang bersifat kekal dan mempunyai sifat (cth: banner) dan mempunyai pendedahan yg meluas adalah dilarang sama sekali. Pihak GSN akan mengambil langkah perlu sekiranya forumer gagal mematuhi arahan ini. Ini kerana pihak berkenaan boleh menyewa ruang periklanan yg disediakan utk tujuan promosi/pemasaran produk/servis mereka.
10) Sebarang sumbangan material akan menjadi hakmilik GSN dimana GSN berhak untuk mengunakan/mengubahsuai/memberikan bahan berkenaan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk tujuan dan kepentingan laman web ini.
11) Pihak pengurusan menyeru agar forum ini dapat digunakan dengan secara sebaik mungkin untuk kemudahan serta manafaat semua pihak.
12) Warning System
GSN telah mengaktifkan warning system. Warning system ni bakal menunjukkan dimana tahap anda dlm melakukan apa jua kaedah yg bertentangan dgn rules and regulation yg pihak gsn telah tetapkan terutama dalam hal22 provokasi.
Warning Level
1- 1st warning
User akan di PM/Email/SMS tentang kesalahan dan diminta penjelasan. Jika penjelasan tidak memuaskan maka tahap satu ini bakal dikenakan.
2- 2nd warning
User masih lagi mengulangi kesalahan tanpa membuat penjelasan yg sewajarnya bagi kesalahan itu.
3- 3rd warning/last warning
User berterusan membuat kesalahan dan DOMESTIC INQUIRY bakal dijalankan oleh pihak GSN. Pengantungan/deletion bakal dikenakan jika user berkenaan didapati bersalah atau gagal membuktikan dia tidak melanggar mana2 kesalahan yang berlaku.
Soalan
Kenapa perlu warning system?
Kerana kegagalan user utk berposting mengikut lunas2 yg ditetapkan
Adakah user yg insaf, maka warningnya akan berubah/menurun/hilang?
Ya, user yg membaiki kesilapannnya dalam satu jarak tempoh katakan 3 bulan dimana dia berusaha posting dgn baik tanpa melakukan apa2 lagi kesalahan, maka warning levelnya boleh dibuang/diturunkan.
Adekah warning kepada user terengganu sahaja?
Tidak, warning system ini bakal dikenakan kepada semua user disini termasuk awok ganu dan penyokong luar (yang bersalah sahaja)
Sebarang maklumat lanjut bolehlah dipm kpd Mods, Admin atau email kpd mereka ini.
Akhir kata - jadikan GSN sebagai forum yg dihormati dan disegani bukan tempat utk kita mencipta sengketa, dendam, api kemarahan dan kebencian. Perkara ini telah banyak kali dihighlight dan semua user wajiblah respect dgn peraturan kita disini.
Para pengguna yg berdaftar dengan GSN secara automatik akan menerima pakai terma2 diatas (accepting rules and regulations)