| PIALA FA 2010 |
|
|
|
| Ditulis oleh AR |
| Sabtu, 06 Februari 2010 14:42 |
|
There are no translations available. HALANGAN BERBEZA UNTUK DUA PASUKAN TERENGGANU Selepas berjaya mencatatkan kemenangan besar 4-1 di gelanggang lawan, Terengganu boleh dimaafkan sekiranya sudah berfikir mereka hampir pasti akan layak untuk beraksi di pusingan seterusnya pertandingan Piala FA 2010. Cabaran pasukan dari Pulau Mutiara, Kelab Bolasepak Staf Universiti Sains Malaysia (KBS-USM) dilihat lebih kepada menimba pengalaman untuk pemain-pemainnya namun dalam permainan bolasepak apa sahaja boleh berlaku. Oleh itu pemain-pemain yang akan diturunkan oleh Irfan Bakti hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya untuk mempastikan sebarang keputusan di luar jangkaan tidak akan berlaku di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. Para peminat yang datang sudah pasti menjangkakan suatu pesta gol memandangkan jurang yang besar dalam kualiti pemain yang dimiliki oleh kedua-dua buah pasukan. Sementara itu pasukan T-Team masih lagi belum pasti apabila membawa bekalan kelebihan satu gol sahaja apabila bertandang ke Kuantan untuk bertemu dengan Shahzan Muda. Ianya seperti ulangan pertemuan mereka dalam pertandingan yang sama musim lepas apabila pasukan dari Terengganu itu turut membawa kelebihan satu gol sahaja ke Kuantan. Walaupun tewas 2-1, T-Team berjaya ke peringkat seterusnya dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. 'Clean sheet' yang dibuat oleh Syamsuri Mustaffa mungkin akan menjadi faktor di dalam percaturan malam ini, namun bekas penjaga gol kebangsaan itu hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik untuk mempastikan gawangnya tidak akan dibolosi oleh barisan tuan rumah yang sudah pasti ingin menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kepada kedua-dua buah pasukan, kami mengucapkan selamat berjuang, KAMI TETAP BERSAMAMU. |


