Kemenangan Yang Dicari... PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh geng_ganu   
Selasa, 26 Januari 2010 00:00
Semangat kemenangan yang membara akan dibawa oleh kesebelasan utama pilihan Hj Irfan Bakti ke Stadium Paroi malam nanti bagi bertemu dengan juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan.Bersandarkan kepada api perjuangan  yang ada dalam diri setiap pemain Terengganu,kemenangan seterusnya dicari oleh Sang Penyu bagi mengukuhkan kedudukan dalam carta liga musim ini.Kemenangan besar dan bergaya keatas Gergasi Merah Sabtu lalu menjadi tonik kepada pemain-pemain Terengganu untuk sekali lagi memalitkan malu keatas sebuah lagi pasukan pilihan malam nanti.Negeri Sembilan, juara Piala Malaysia edisi 2009, sudah pasti tidak akan memberikan laluan mudah untuk barisan serba baru Terengganu.Mereka mempunyai rekod yang agak baik di halaman sendiri, sememangnya berhasrat untuk menambah koleksi kemenangan apatah lagi mereka masih segar kerana tidak turun dalam perlawananan Sabtu lalu yang ditunda berikutan kemangkatan Sultan Johor.

Zaquan Adha bukanlah nama asing dalam arena bolasepak negara, sudah pasti akan menjadi tunjang kekuatan Negeri Sembilan malam nanti.Beliau yang masih belum menemui sentuhan pemusnah pasti berazam untuk merobek benteng akhir Terengganu kawalan rakan sepasukan dalam skuad negara, Sharbini Allawe Ramli.Pertembungan menarik juga bakal kita saksikan apabila dua penyerang kebangsaan akan beradu kepakaran pemusnah mereka.Abdul Manaf Mamat dipihak Terengganu manakala Zaquan dipihak Negeri Sembilan.Manaf yang telah pun menjaringkan 3 gol sekali lagi berazam untuk menambah koleksi golnya bagi mencapai hasratnya untuk menjadi penjaring terbanyak.Kombinasi 4 serangkai yang dijelmakan oleh Irfan Bakti setakat ini telahpun meledakkan 12 gol untuk Terengganu dalam 5 perlawanan.Mampukah 4 serangkai ini meneruskan ledakan gol di Stadium Paroi malam nanti?Benteng kebal yang diketuai oleh Kapten pasukan, Marzuki Yusuf akan sekali lagi berperanan untuk menyekat penguasaan barisan hadapan Sang Rusa malam esok.Mereka pastinya akan memberi kenkangan yang ampuh sebagaimana lumpuhnya barisan hadapan Selangor untuk memperdayakan gandingan 4 yang terbaik ini.Namun dipihak Negeri Sembilan pula, mereka akan menyandarkan harapan menghalang 4 serangkai Terengganu di bahu Shukur Adan dan juga bek kebangsaan, Aidil Zafuan.Bukan mudah untuk 4 serangkai Terengganu menyusup masuk, namun itu bukanlah halangan yang sukar andainya aksi terbaik dipamirkan sepanjang 90 minit perlawanan.
Barisan tengah, gandingan Zairo-Hasbullah setakat ini berjaya menjalankan tugas dengan begitu baik.Hantaran tepat milik Zairo dan halangan demi halangan yang dilakukan oleh Tg Hasbullah menjadi intipati gerakan menarik yang diatur mereka untuk penyudahan tepat oleh 4 serangkai.Andainya kombinasi dibarisan ini dapat dikuasai mereka, sudah pasti Rezal-Idris hanya mampu melihat.Namun harus diingat, barisan tengah N.Sembilan penuh dengan pengalaman.Tipu helah mereka perlu ditangani dengan sebaik mungkin oleh Zairo dan rakan-rakan.Pertembungan ini bakal menyaksikan sesuatu yang menarik.Siapa yang berkuasa, pasti mereka akan mampu menghadirkan ancaman kepada barisan benteng Terengganu.
Rekod pertemuan musim lalu memihak kepada Negeri Sembilan dengan 4 kali bertemu, Negeri Sembilan memenangi 3 pertemuan dan 1 milik Terengganu.Tetapi, itu adalah sejarah lalu.Terengganu yang berwajah baru sedang berada dalam situasi terbaik untuk meneruskan rentak kemenangan.

Manakala satu lagi pasukan dari Terengganu iaitu TTeam akan turun selaku tuan rumah bagi melayan kunjungan Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.Tanpa memungut sebarang kemenangan, TTeam sudah pasti ibarat harimau luka yang akan menjadikan Perlis mangsa pertama untuk memungut kemenangan malam nanti.Bersandarkan pemain-pemain yang berpengalaman serta bekas pemain-pemain kebangsaan, anak-anak buah Cheku Marzuki itu tidak boleh memandang kebelakang lagi.Kemenangan mesti diperolehi oleh TTeam untuk terus mencabar kejuaraan liga musim ini.Kombinasi 2H setakat ini adalah yang terbaik dipertaruhkan oleh Cheku Marzuki bagi merobek benteng Perlis yang diketuai oleh pemain berpengalaman mereka, Fauzi Nan.Mampukah 2H ini memperdayakan Fauzi dan rakan-rakan malam nanti.Bertemankan penyokong-penyokong setia di laman sendiri, TTeam sudah pasti turun dengan penuh semangat untuk mendapatkan hasil yang cemerlang.Pertembungan Ismail Faruqi dan Amar Rohidan di bahagian tengah bakal menyaksikan satu pertembungan yang menarik.Kedua-duanya yang sebaya sudah pasti ingin membuktikan kewibawaan masing-masing.Manakala dibahagian benteng pula, pertaruhan jurulatih TTeam sudah pasti terarah kepada 4 benteng kukuh iaitu Norfazly,Hasbullah,Subri dan Shahrul Ezrain.Mereka ini diarahkan agar jangan memberi ruang kepada penyerang kebangsaan, Fakhri Sa'rani.Namun barisan TTeam juga perlu memberi perhatian kepada Wan Mohd Shukri yang diberitakan adalah seorang pemain yang cukup lincah dan bertenaga.Beliau yang dipinjamkan dari skuad pelapis Perlis telahpun menjaringkan gol ketika menang keatas P.Pinang Sabtu lalu.
Andai kelekaan oleh barisan TTeam, padah yang akan menanti.Namun, Cheku Marzuki sudah pun mempunyai perancangan rapi untuk menunjukkan jalan keluar kepada Perlis malam nanti.Namun tidak kurang hebatnya taktikal yang diatur oleh Nidzam Adzha dipihak Perlis.

Apa yang pasti,kedua-dua pasukan, Terengganu dan TTeam perlu mempamirkan semangat perjuangan yang jitu bagi menundukkan lawan masing-masing.Hanya kemenangan yang dicari...
Ayuh pemain-pemain Terengganu dan TTeam, beradulah dengan penuh komitmen,bersemangat dan berkeyakinan.InsyaAllah, kemenangan milik kita.