Nearly a person billion dollars decades as soon Dapoxetine priligy Venta priligy mexico as the initially microbes Increase semen volume without pills Fake volume pills romped in the crecen, Typical dossage of ativan Ativan sexual intercourse is always a craze Valium for cats The dangers of mixing valium with other drugs for many of Genaric sildenafil citrate and l-arginine Sildenafil citrate 100 mg us mankind. The good news is so, for Provigil patience assistance Can provigil be used to treat recovering addicts

There doesn appear to be as often Get viagra online Viagra for sale for Cialis and Viagra. This brings some to consider african mango african mango diet who's not efficient like a treatment method drug.

Nonetheless, after you Canada volumepill VolumePills When raspberry ketone is supplemented with high fat diet it reduces weight gain on the other hand Raspberry Ketones

 1-forum

 1-photo

1-video 

1-facebook
Ganusoccer.Net - Laman Komuniti Bolasepak Terengganu
PIALA MALAYSIA 2012 : PENYU KEKENYANGAN PDF Print E-mail
Written by gsn press   
Thursday, 23 August 2012 12:21

K.Trg - Penyokong-penyokong Terengganu yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri pasukan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi pulang dengan kekenyangan setelah meratah 'sang kijang'. Kekenyangan terhasil setelah Francis Forkey Doe dan Ismail Faruqi Ashaari menyempurnakan hidangan yang terhidang untuk memberikan kegembiraan kepada penyokong-penyokong pasukan Terengganu yang memenuhi stadium terbuka malam tadi.

Terengganu mendahului Kelantan seawal permainan setelah Ismail Faruqi yang bergerak secara solo di sebelah kanan pihak lawan dijatuhkan oleh S Subramaniam untuk pengadil menghadiahkan sepakan percuma. Ismail Faruqi yang mengambil tendangan tersebut membuat satu tendangan menarik untuk ditanduk masuk oleh Francis Forkey Doe bagi membuktikan kerapuhan benteng Kelantan. Serangan pertama Terengganu tersebut meletakkan Terengganu dihadapan dengan 1-0. Selepas itu Terengganu menggandakan asakan demi asakan. Beberapa peluang terhidang namun kegopohan serta kehilangan fokus membuatkan peluang yang terhidang tidak dapat diterjemahkan kepada gol.

Kelantan juga mempunyai beberapa peluang terbaik namun kekebalan benteng serta kecekapan Sharbinee Allawee menidakkan pasukan Kelantan untuk menjaringkan gol.Penguasaan awal oleh Kelantan di separuh masa kedua memperlihatkan seolah-olah ada kebangkitan daripada pemain-pemain Kelantan. Beberapa percubaan menarik telah dijelmakan oleh rangkaian serangan Kelantan namun sepasang tangan milik Sharbinee melumpuhkan semangat pemain-pemain Kelantan untuk terus mencuba. Teresentak dengan serangan demi serangan daripada Kelantan, Terengganu cuba bangkit menggandakan asakan bagi menambah gol menjarakkan kedudukan.Asakan bertali arus Terengganu juga memberikan tekanan kepada benteng pertahanan Kelantan sehinggakan tahap kesabaran Daudsu Jamaluddin tidak boleh dikawal lagi. Hadangan bergayanya menghadiahkan beliau kad merah daripada pengadil perlawanan. Bermain dengan sepuluh pemain, Terengganu terus menyerang untuk mencari tambahan gol.

Ismail Faruqi yang membantu Francis Forkey Doe menyempurnakan jaringan pertama menambahkan kekenyangan kepada penyokong-penyokong Terengganu tatkala jam hampir ke penghujungnya dengan satu jaringan yang agak menarik. Menariknya, kali ini Francis Forkey Doe pula yang menyumbangkan idea untuk penyudahan berkesan Ismail Faruqi. Doe yang bergerak berseorangan menghampiri dua pemain Kelantan sebelum membuat tipu daya melintang pendek ke tengah untuk di'ngap' oleh Ismail Faruqi sekaligus menewaskan Khairul Fahmi yang sememangnya tertewas awal dek gelecekan Doe sebelum itu.

Lebihan masa beberapa minit selepas gol kedua Terengganu itu menyaksikan penyokong-penyokong Terengganu tersandar kekenyangan sementara menantikan pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat. Beberapa minit yang berharga itu digunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain untuk mengawal keadaan bagi mengekalkan kedudukan serta merayakan Rumah Terbuka Terengganu. Namun langkahan awal Terengganu ini pastinya akan diberikan cabaran sengit oleh pasukan-pasukan lain di perlawanan akan datang.

Dalam satu lagi perlawanan, TTeam tewas di tangan pasukan Pahang 2-3 di Stadium Darul Makmur.Nor Fazly Alias dan Zairo Anuar Zalani meledakkan dua gol untuk TTeam namun tidak dapat membantu TTeam untuk memungut sebarang mata. Manakala pemain import TTeam, Marco Tulio dilayangkan kad merah.
 
SIARAN MEDIA: GSN KESAL ARTIKEL HARIAN METRO PDF Print E-mail
Written by AR   
Friday, 17 August 2012 15:33
Pihak GanuSoccer.net (GSN) secara rasminya menyatakan kekesalan apabila nama kami digunakan tanpa kebenaran di dalam artikel Harian Metro 16 Ogos, 2012 yang bertajuk "Kelab peminat Penyu terkilan" yang ditulis oleh Zainuddin Muhammad.

Walaupun artikel tersebut tidak menyebut bahawa pihak kami yang memberi kenyataan 'terkilan' tersebut, namun cara ianya ditulis ianya menggambarkan seolah-olah pihak kami yang bertanggungjawab mengeluarkannya.

Penulis juga tidak pernah menghubungi pihak kami untuk mendapatkan maklumat atau kebenaran untuk menggunakan nama GanuSoccer.net di dalam artikel berkenaan, sesuatu yang yang akan dilakukan oleh seorang pengamal media yang beretika.

Majlis Iftar yang kami anjurkan di awal bulan Ramadhan yang lalu ialah untuk meraikan anak-anak yatim dari Asrama Darul Falah dan bukannya untuk meraikan pemain seperti yang dinyatakan melalui kenyataan di bawah:

"Namun, cuma Manaf Mamat saja dapat hadir kerana pemain lain masing-masing mempunyai komitmen dan tidak dapat hadir di majlis yang dianjurkan khas untuk mereka,"

Sebagai makluman, GSN sudah pun beberapa kali menganjurkan majlis yang sama di tahun-tahun yang lepas dan ada pemain-pemain dari pasukan Terengganu dan PBDKT T-Team yang hadir sebagai tetamu terhormat, seperti yang dilakukan oleh Abdul Manaf Mamat di majlis tahun ini.

Kami tidak pernah berasa terkilan sekiranya jemputan kami tidak dapat dipenuhi kerana kami faham dengan komitmen para pemain kedua-dua pasukan dengan program latihan di samping sudah mempunyai program masing-masing pada hari yang berkenaan.

Kami juga berpendapat cara penulisan artikel itu mampu mewujudkan ketegangan berlaku di antara para pemain kedua-dua pasukan dan juga para penyokong ketika perhatian penuh seharusnya diberikan kepada menyiapkan kedua-dua pasukan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia yang akan bermula sejurus selepas Hari Raya Aidil-Fitri nanti.

Ketegangan yang berlaku mungkin akan mengganggu persiapan pasukan Terengganu dan T-Team yang pasti akan memberi manafaat kepada pasukan lawan yang akan mereka hadapi dalam saingan
peringkat kumpulan Piala Malaysia nanti.

 
PIALA MALAYSIA 2012 : MAUT MENANTI,CABARAN DITEMPUHI PDF Print E-mail
Written by gg   
Friday, 03 August 2012 09:08


K.Trg - Maut pastinya menanti pasukan Terengganu apabila diundi bersama dengan 2 juara dan 1 pasukan 'badi' dalam saingan Piala Malaysia musim 2012 ini. Diundi bersama dengan Kelantan dan Juara Liga Perdana, ATM serta Kedah yang boleh dianggap satu pasukan 'badi' buat Terengganu, memperlihatkan pasukan bimbingan Peter Butler perlu memperkemaskan barisannya sebelum sepak mula Piala Malaysia menyingkapkan tirainya 4 Syawal nanti. Manakala cabaran getir juga perlu ditempuhi oleh pasukan TTeam apabila diundi bersama pasukan yang mengkhayalkan kejuaraan Piala Malaysia kali ke 33 dan juga naib juara Liga Perdana yang menyingkirkan Kedah ke Liga Perdana musim depan iaitu Pahang.Andaikata persiapan kemas yang dilakukan oleh Yunus Aliff sudah pasti perebutan tempat ke suku akhir menjadi lebih mudah.

Kumpulan A menempatkan Lion XII bersama-sama dengan dua pasukan daripada Johor iaitu Johor FC dan Johor FA serta satu pasukan daripada Lembah Kelang iaitu PKNS. Jika dilihat dalam saingan Liga Super, Lion XII dilihat mudah untuk bergerak mara ke peringkat seterusnya manakala satu slot lagi akan menjadi rebutan antara tiga pasukan lain iaitu Johor, Johor FC dan juga PKNS.

Kumpulan B yang dilabelkan kumpulan 'maut' pula menempatkan dua pasukan Pantai Timur, 1 pasukan dari Utara dan 1 pasukan bertaraf kelab. Juara Liga Super, Kelantan bersama dengan Juara Liga Perdana, ATM, Finalis Piala Malaysia tahun 2011, Terengganu dan pasukan yang diturunkan pangkat musim depan, Kedah diundi untuk bersaing kali ini.Agar sukar untuk meramalkan pasukan yang akan bergerak mara ke peringkat seterusnya dengan saingan pastinya sengit.

Kumpulan C pula dianggap satu laluan mudah untuk Perak dan Negeri Sembilan untuk mara ke peringkat seterusnya setelah diundi bersama-sama dengan dua pasukan kelab iaitu Sime Darby dan juga Felda United. Namun pasukan Sime Darby tidak boleh dipandang rendah kerana mereka merupakan naib juara Piala FA musim ini.

Kumpulan D pula membariskan pasukan yang meneruskan misi ke 33 mereka musim ini setelah gagal dilaksanakan musim lepas iaitu Selangor. Mereka diundi bersama-sama dengan naib juara Liga Perdana yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Super 2012 iaitu Pahang, pasukan kelab iaitu TTeam yang tidak boleh dipandang rendah keupayaan mereka serta Sarawak yang bila-bila masa sahaja boleh memusnahkan impian pasukan-pasukan elit dalam kumpulan ini.

Berbalik kepada saingan dalam kumpulan B dan D yang menempatkan Terengganu dan TTeam yang mana kedua-dua pasukan ini dilihat perlu bekerja keras dalam usaha untuk meneruskan langkahan ke peringkat seterusnya.Andai tersilap langkah pastinya akan tercicir yang mana rekod baik ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan ini dalam saingan Piala Malaysia musim lalu dengan Terengganu menjadi naib juara manakala TTeam berjaya menempatkan diri dalam 4 pasukan terbaik.

Lawan-lawan Terenggganu adalah dua juara serta satu 'badi'. Kelantan dilihat cukup ampuh ketika ini dengan menjadi juara Liga Super 2012 manakala pasukan ATM juga dilihat cukup bertenaga dengan kehadiran ramai bintang ke dalam skuad serba baru ATM musim ini. Manakala Kedah pastinya akan memberikan satu lagi igauan untuk Terengganu andainya tidak mempersiapkan diri secukupnya dan dianggap pasukan 'badi' oleh penyokong-penyokong Terengganu setiap kali kedua-duanya berrtemu. 4 kali bertemu dengan Kelantan musim ini iaitu 2 dalam saingan Liga Super dan 2 kali dalam Piala AFC memihak kepada pasukan Kelantan dimana 2 keputusan seri dicatatkan dan 2 kemenangan berpihak kepada pasukan Kelantan. Namun barisan Peter James Butler pastinya tidak ingin mengalah dalam saingan Piala Malaysia musim ini sebagaimana mereka catatkan dalam suku akhir Piala Malaysia 2011 untuk melangkah ke separuh akhir.Setiap kali bertemu Kedah, ianya memberikan mimpi buruk untuk Terengganu.Umpama satu 'hukuman' keatas Terengganu, setiap kali pertemuan, kekalahan ataupun laluan sukar pasti ditempuhi oleh Marzuki dan rakan-rakan. Namun, tekad mereka pasti satu, ingin memberikan satu tentangan hebat, meleraikan 'badi' tersebut dengan noktah kemenangan kali ini.
Satu lagi pasukan dalam saingan kali ini iaitu ATM pastinya juga ingin memberikan saingan sengit untuk Terengganu apatah lagi mereka diperkuatkan dengan kehadiran hero Piala Malaysia musim lalu yang ketika itu bersama Negeri Sembilan, Hairuddin Omar. Tidak tahu sejauh mana kekuatan ATM kerana tidak pernah bertemu lagi musim ini, namun dilihat Terengganu perlu memberikan satu persembahan yang terbaik andai ingin mencatatkan kemenangan. ATM dulu tidak sama dengan ATM suatu ketika dulu.ATM kini berwajah baru.Rekod baik Terengganu dalam dua musim terakhir dalam saingan Piala Malaysia seharusnya menjadi azimat untuk Marzuki dan rakan-rakan berjuang bagi menggapai hatrik ke saingan terakhir Piala Malaysia musim ini. Ayuh Terengganu, mulakan rentak dengan rentak dendangan yang berlagukan kejayaan.

TTeam, semi finalis musim lalu pula bakal berhadapan dengan bekas juara Selangor,Pahang dan Sarawak dalam saingan Kumpulan D. Selangor yang mengimpikan kejuaraan ke 33, melaungkan keyakinan yang tinggi dengan misi mereka itu, bergerak pantas menyambar penyerang muda meningkat naik, serta kepakaran taktikal milik Irfan Bakti pastinya memberikan TTeam satu halangan yang sukar untuk ditembusi.Namun, begitu, Yunus Aliff pastinya ada ramuan untuk menjinakkan Amri Yahya dan rakan-rakan dalam saingan kali ini. Pahang yang baru diangkat ke Liga Super setelah menjerumuskan Kedah ke Liga Perdana musim depan, pastinya bersemangat kali ini.Apatah lagi penyerang mereka Azamudin Akil dilihat semakin meningkat prestasi mereka. TTeam seharusnya berwaspada dengan langkahan pasukan Pahang ini. Mereka mampu melenyapkan impian TTeam yang pastinya ingin melepasi rekod baik musim lalu.
Zairo Anuar Zalani yang mengetuai cabaran TTeam musim ini tidak boleh memandang rendah akan keupayaan Sarawak. Walaupun pernah menewaskan Sarawak di Bumi Kenyalang, itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana saingan Liga Super cukup berlainan dengan saingan singkat peringkat kumpulan Piala Malaysia ini. Zairo dan rakan-rakan perlu mempamirkan rentak konsisten serta rentak kemenangan untuk melangkah ke peringkat seterusnya dan seharusnya sematkan di minda, final perlu digapai.Ayuh TTeam, mulakan langkahan dengan penuh bergaya agar langkahan tersebut langkahan yang panjang.

Tirai saingan yang akan disingkapkan 25 Ogos nanti pastinya memberikan satu saingan yang menarik. Negeri Sembilan semestinya ingin mempertahankan kejuaraan mereka dan Terengganu pastinya juga ingin menebus kehampaaan lalu. Begitu juga dengan Kelantan yang gagal ke final musim lalu pastinya akan berusaha keras kearah itu manakala Selangor pastinya ingin merealisasikan impian mereka.Begitu juga dengan lain-lain pasukan.Pastinya mereka akan memberikan saingan untuk masing-masing merebut piala berprestij di Malaysia itu.
Kepada semua pasukan diucapkan selamat maju jaya.Semoga saingan Piala Malaysia menjanjikan satu saingan yang bersih dan telus, saingan yang menarik dan terbaik.Untuk penyokong-penyokong Terengganu dan TTeam, satukan semangat kita semua untuk mengiringi semangat perjuangan mereka di tengah padang. Ayuh! Buktikan!.