Assalamualaikum/salam sejahtera
Pihak GSN dengan ini mengalu - alukan pendapat para ahli GSN untuk menulis @ posting dalam mana2 topik yang dibuka disini dengan bebas. Sebarang bentuk perbincangan samada berbentuk sokongan mahupun Kritikan/Komen/Tidak Setuju/Berkecuali amat dihargai dan tiada sekatan serta kehendak untuk menuruti mana2 pandangan tertentu sahaja.
Namun, pihak pengurusan GSN mengalakkan serta menghendaki para ahli untuk melahirkan Kritikan/Komen/Tidak Setuju/Berkecuali dalam bentuk membina serta konstruktif serta bersesuaian dengan norma kita.
Posting yang berbentuk hentaman yang tidak wajar, kritikan yang melulu atau berbentuk telahan/ assumption (andaian) yang cetek perlulah dielakkan untuk meninggikan nilai posting serta kredibiliti kita.
Kami berharap agar semua ahli dapat mengunakan forum ini dengan sebaik mungkin dan melahirkan/melontarkan pandangan anda dengan bebas samada positif atau negatif tanpa perlu terikat kepada pandangan tertentu TETAPI dalam "manner" yang sewajarnya.
Posting yang kurang sesuai dan tidak mengambarkan@ merendahkan kredibiliti ahli berkenaan akan diambil tindakan sewajarnya jika perlu.
Oleh itu sila gunakan ruang/kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin demi faedah kita bersama.
Sekian.