| Kejohanan Futsal Tertutup Ganusoccer.net 2009 |
|
|
|
| Written by mp |
| Tuesday, 20 October 2009 12:11 |
|
GSN Bangi Muncul Juara Baru Edisi Ke-5
17 Okt , Sejak dimulakan pada tahun 2004 , Kejohanan Tertutup Futsal Ganusoccer.net berjaya meneruskan tradisi ini untuk musim ke-6 berturut-turut . Kejohanan ini yang bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak jati Terengganu yang berkelana diluar Terengganu telah berjaya menarik 12 pasukan untuk memeriahkan kejohanan pada edisi kali ini. Kejohanan kali ini turut berjaya menarik beberapa pasukan yang hadir dari luar lembah klang dimana pasukan wakil dari Terengganu , Johor dan Melaka. Turut mengambil serta. ialah pasukan penaja kejohanan iaitu iLaunch Sdn Bhd yang membantu merealisasikan kejohanan kali ini berjaya diadakan dengan jayanya.
Dalam kejohanan kali ini pasukan dari GSN Bangi yang diketuai Saudara Bisharuzi Omar berjaya merangkul kejuaraan pada tahun ini dengan menyinkirkan pasukan GSN Putrajaya B dengan jaringan 4-1 dipenentuan perlawanan akhir yang dilangsungkan di gelanggang futsal Sports Planet Kajang (SPK). Juara kejohanan ini memperolehi pingat kejuaraan , piala pusingan serta hamper. Hadiah para pemenang disampaikan oleh Tuan Presiden Ganusoccer.net iaitu Saudara Alias Mat Lela . Pihak GSN berharap kejohanan tradisi ini akan dapat dijayakan lagi pada masa hadapan dengan sokongan semua pihak photo kejohanan boleh dilihat melalui laman web dibawah ini http://www.flickr.com/photos/azizulhakim |



