Liga Remaja Kementerian Pelajaran Malaysia - 2 Wakil Terengganu Menguasai Carta Liga PDF Print E-mail
Written by mp   
Tuesday, 29 June 2010 02:05

sda

28hb Jun , Dua wakil pasukan Terengganu didalam Liga Remaja Kementerian Pelajaran 2010 untuk kategori U14 dan U17 teah berjaya mempamerkan prestasi yang cemerlangĀ  dan berjaya mengungguli carta liga bagi kedua-dua kategori dalam kumpulan yang disertai mereka. Dengan baki perlawanan hanya tinggal satu lagiĀ  untuk U17 dan 2 lagi untuk U14 . Mereka kelihatan makin hampir untuk menjuarai kumpulan masing-masing. Skuad U17 dilihat lebih cemerlang dan dalam perlawanan terbaru minggu lalu mereka membenam pasukan Selangor dengan 5-0 manakala adik mereka hanya mampu mencatat kemenangan tipis keatas pasukan yang sama.

Walaupun mereka cemerlang di peringkat ini namun perlu memberi tumpuan yang lebih kerana mereka belum menjuarai apa-apa lagi kerana mereka akan memasuki peringkat suku akhir seperti mana liga presiden jalankan sekarang ini. Dimana 8 pasukan terbaik akan berusaha membaiki permainan mereka dan akan memberi satu halangan baru untuk kedua-dua pasukan untuk mengekalkan rentak kemenanga mereka. Oleh itu mereka tidak boleh lagi berpuashati dan harus tingkatkan lagi mutu permainan jika ingin menjadi juara pada tahun ini. Moga pihak pengurusan mampu menghasikan keputusan yang lebih baik dalam aksi seterusnya nanti..