Keputusan Perlawanan Liga Presiden 2010 PDF Print E-mail
Written by mp   
Tuesday, 06 July 2010 20:22

Nyawa Dihujung Tanduk

 

6 Julai , Begitulah yang boleh diumpamakan kepada dua wakil pasukan liga presiden Terengganu iaitu Terengganu dan T-Team yang kini bergelut untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Setelah selesai mengharungi 4 perlawanan dimana Terengganu kini menduduki tangga tercorot daripada 4 pasukan didaam kumpulan A setelah hanya berjaya mengutip 2 mata hasi dua kali seri dan 2 kali kalah dan kekalahan yang terbaru adalah kepada pasukan Johor Fc di laman mereka dengan jaringan 0-2 sebelum itu mereka telah bertemu di Jerteh dan hanya seri tanpa jaringan. Kumpulan A  kini diterajui oleh pasukan Kedah disusuli pasukan Johor FC kemudian dari Negeri Selangor dan yang terakhir pasukan Terengganu. Terengganu harus menang dalam dua baki perlawanan terakhir iaitu menentang Kedah ditempat lawan dan menanti kunjungan Selangor di laman sendiri. Jika menang kesemuanya belum pasti layak ke semifinal kerana bergantung kepada pasukan yang lain yang lebih mempunyai peluang cerah ke peringkat seterusnya.Jika gaga bermakna Terengganu gagal mengulangi percapaian tahun lalu apabila layak ke final.

Manakala T-Team pulang hanya mencatat satu kemenangan keatas kuala lumpur tempoh hari namun tewas dalam 3 perlawanan seterusnya memaksa mereka menghuni tangga ke-3 kumpulan B dimana pasukan SSBJ telah pun layak menempah ke separuh akhir apabila memenangi keempat-empat perlawanan yang telah dilalui mereka dan pasukan dibawah tidak mampu lagi mencabar mereka.Kini tinggal perebutan antara t-team,kuala lumpur dan perak untuk mencuri satu slot ke semi final. Adakah T-team mengulangi percapaian ke semi final tahun lalu . Hanya dua baki perlawanan akan menjadi penentu nasib mereka.