| Keputusan Piala Presiden - Terengganu vs Kedah (29 Jun 2010) |
|
|
|
| Written by mp |
| Tuesday, 29 June 2010 10:12 |
|
TERENGGANU GAGAL MENGUTIP 3 MATA PENUH Keputusan Rasmi(Suku Akhir Pertama) - Terengganu (1) vs Kedah (1) 29hb Jun 2010, K,Terengganu , Kealpaan barisan pertahanan mengawal kubu pertahanan dan keghairahan untuk menambah bilangan gol telah menyebabkan tuan rumah kehilangan dua mata berharga apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan pasukan Sang Kenari. Terengganu turun dengan misi untuk mendapatkan 3 mata berharga setelah tewas dalam perlawanan pertama suku akhir kepada Selangor minggu lalu telah melakukan serangan bertubi-tubi ke kubu lawan seawal separuh masa pertama dan terus melakukan tekanan kepada lawan dengan percubaan yang sering tersasar kearah pintu gol lawan , Kedah yang jarang-jarang melakukan serangan sering membuat tindakan serangan kilat kepada kubu tuan rumah namun gagal menemui sasaran hingga tamat separuh masa pertama. Aksi separuh masa kedua tidak banyak berubah dimana Terengganu sering kali mengkucar kacirkan pertahanan lawan namun penyudah yang tumpul serta dibantu pertahanan kemas lawan membuatkan pemain buntu mendapatkan gol.Sehinggalah baki perlawanan tinggal 10 minit , Sang penyu berjaya menperolehi gol pendahuluan pada minit ke-82 hasil serangan disebelah kiri kubu pertahanan lawan dan pemain sayap Terengganu berjaya menyelinap masuk dan melakukan satu hantaran cantik ke tengah dan disambut baik oleh penyerang Tengah Terengganu dan melakukan sepakan deras di penjuru pintu gol kedah dimana penjaga gol lawan gagal menepis keluar sepakan tersebut untuk membolehkan tuan rumah berada dihadapan seketika waktu. Ketika kejayaan tuan rumah hampir berada didalam genggaman , pasukan lawan berjaya mengambil kesempatan dan menghukum tuan rumah atas kealpaan barisan pertahanan Terengganu yang ghairah naik keatas untuk mendapatkan gol tambahan dimana satu serangan kilat berjaya dilakukan kedah lalu berlalu kelam kabut didepan pintu gol Terengganu dan akhirnya berjaya disudahkan salah seorang pemain lawan ketika waktu permainan telah tamat dan dilangsungkan dalam waktu kecederaan iaitu pada minit 93 dan Kedah ternyata lega kerana berjaya mencuri satu mata ditempat lawan manakala Terengganu harus menyalahkan diri sendiri dek kesilapan diri sendiri yang tidak harus dilakukan pada masa akan datang. Pengadil terus meniup wisel tamat perlawanan selepas gol penyamaan berjaya dihasilkan oleh pelawat. Keputusan penuh berakhir dengan Seri 1-1.
|


