| Liga Presiden : Perlawanan Tertunda -Terengganu vs Kedah |
|
|
|
| Written by mp |
| Tuesday, 29 June 2010 01:23 |
|
28h June , Pihak GSN ingin memaklumkan perlawanan kedua peringkat suku akhir melibatkan pasukan Terengganu vs Kedah yang sepatutnya dilangsungkan pada petang tadi telah ditunda kerana padang bola di jerteh telah ditenggelami air kesan dari hujan lebat yang turun sejak tengahari tadi.Pihak FAM telah menerima kata sepakat dari kedua-dua spasukan untuk mengadakan perlawanan tertunda pada hari esok , 29hb June di Stdm Sultan Ismail Nasaruddin Shah pada jam 8.00 pagi . Penyokong-penyokong Terengganu diminta hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Terengganu. Manakala satu lagi pasukan dari Terengganu iaitu T-Team teah menamatkan perlawanan pada petang tadi dengan noktah kekalahan kepada pasukan tuan rumah iaitu Perak Darul Redzuan dengan jaringan 2-0 .Kedua-dua jaringan telah dijaringkan pada separuh masa kedua . Mengikut laporan , T-Team beraksi dengan baik namun kekebalan pertahanan Perak dan penyudah yang lemah mengagalkan misi pasukan untuk memperoehi gol manakala Perak berjaya memanfaatkan peluang yang ada dengan menjaringkan dua gol untuk membolehkan mereka mengutip 3 mata penting. Keputusan lain dalam kumpulan sama T-Team , Kuala Lumpur dibelasah oleh pasukan Sek Sukan Bt Jalil dengan jaringan 5-0 dimana pasukan KL terpaksa bermain 10 orang kerana salah seorang pemain mereka dilayang kad merah pada separuh masa pertama dan SSBJ menggunakan peluang itu dengan sebaiknya manakala Selangor ditumpaskan dengan jaringan 3-0 oleh pasukan Johor Fc dilaman mereka sendiri sebelum ini Selangor berjaya membenam Terengganu 2-0 ditempat mereka. |


