|
Liga Piala Presiden 2010 - Suku Akhir |
|
|
|
|
Written by MP
|
|
Monday, 28 June 2010 13:56 |
|

Terengganu memburu kemenangan pertama manakala T-Team kekalkan prestasi
28hb Jun , Sepak mula liga presiden 2010 peringkat suku akhir telah pun bermula pada hari khamis lalu dimana dua wakil dari pasukan negeri Terengganu layak memasuki suku akhir setelah berjaya menduduki 4 tangga terbaik dalam setiap kumpulan yang diwakili mereka . Dalam peringkat suku akhir ini 6 perlawanan akan dilalui dan akan layak ke separuh akhir jika berjaya menduduki 2 tempat teratas setiap kumpulan A dan B. Keputusan minggu lalu dimana pasukan Terengganu terpaksa bertandang ke tempat lawan dan menentang seteru utama mereka iaitu Selangor . Selangor yabg baru kecewa dengan kekalahan dalam Sukma Melaka tempohari berjaya membalas dendam dengan membenam pasukan Terengganu 2-0. Mengikut maklumat yang diperolehi aksi hambar pasukan Terengganu membolehkan tuan rumah menggunakan peluang yang ada untuk mengutip 3 mata penting untuk menerajui kumpulan buat seketika waktu manakala pasukan adik mereka , T-Team berjaya mengejutkan pasukan Kuala Lumpur yang menjadi juara peringkat kumpulan dengan jaringan tipis 3-2 di tempat sendiri. Aksi yang rancak dipertontonkan oleh kedua-dua pasukan namun T-team bernasib baik berjaya menggunakan peluang yang dimiliki untuk berjaya mengutip 3 mata penuh.
Hari ini mereka akan turun berentap untuk perlawanan ke-2 dimana Terengganu akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Kedah manakala T-Team akan berkunjung ke Perak untuk menentang skuad sang seladang. Jurulatih Terengganu , En.Zakaria mengharapkan anak buah memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan berjaya mengutip 3 mata seterusnya memberi saingan untuk kumpulan A manakala T-team diamanahkan untuk mengekalkan prestasi dan cuba mengelak kekalahan di tempat lawan dan satu mata sudah baik buat mereka pada petang ini.
28hb Jun
TERENGGANU V KEDAH
PERAK V T-TEAM
|