Tirai Liga Presiden Musim 2010 dibuka dengan cemerlang oleh wakil 2 Terengganu PDF Print E-mail
Written by mp   
Thursday, 25 February 2010 19:27

25hb Feb , 2 wakil pasukan dari Terengganu iaitu skuad Terengganu dan T-Team memulakan kempen liga presiden pada petang ini dengan misi yang cukup penting iaitu memperbaiki rekod musim lalu dengan memberi persembahan yang lebih mantap pada kejohanan kali ini. kedua2 pasukan pada musim lalu telah mempamerkan aksi baik hingga layak ke peringkat separuh akhir dan akhir namun terpaksa memberi kejuaraan kepada pasukan Johor FC yang lebih berhak untuk menjulang piala tersebut pada musim lalu dengan terbukti kemampuan mereka menjuarai piala ini buat kali pertama.

 

Untuk perlawanan pertama ini , pasukan Terengganu berkunjung ke negeri Pahang untuk menentang pasukan Kelab Shahzan Muda dan manakala pasukan T-Team menerima kunjungan pasukan Sek Sukan Bt Jalil A di Gong badak. Keputusan penuh pada perlawanan pembukaan ini ialah kedua2 pasukan berjaya mencipta kemenangan pertama dimana Terengganu membelasah Shahzan Muda 5-0 manakala T-Team menundukkan SSBJ dengan jaringan tipis 3-2

kedua-dua pasukan akan turun pada perlawanan ke-2 pada 4hb Mac , khamis nanti. sila ikuti perkembangan semasa melalui info pantas kami..