Pasukan Presiden Terengganu Layak Ke Final PDF Print E-mail
Written by MP   
Friday, 14 August 2009 11:21

untitled-5_copy
Keputusan Penuh Perlawanan Separuh Akhir Ke-2

Terengganu ( 3 )  vs  Kuala Lumpur (1) Aggregat 3-2

Johor Fc ( 6 ) vs T-Team (1) Aggregat 7-1

Final - Terengganu vs Johor Fc - 19 Ogos 2009

K.Terengganu , Hari penentuan pada petang semalam ternyata mencatatkan skrip yang berbeza buat dua wakil pasukan preisden dari Terengganu dimana skuad utama Terengganu telah berjaya bangkit dari kekalahan lalu dan mencatatkan kemenangan penting untuk membolehkan mereka layak ke pusingan akhir yang dijadualkan pada hari rabu depan. Kejayaan yang penuh dramatik itu ternyata telah melegakan ratusan peminat yang hadir di SSINS petang semalam. Merungkap perlawanan petang semalam.Terengganu tidak menunggu lama untuk mencari gol semangat seawal minit ke-5 untuk mengejutkan pasukan pelawat.

Gol tersebut ternyata memberi keyakinan yang cukup penting untuk memburu gol seterusnya dan hasrat mereka terhasil apabila pada minit ke-34 , jaringan ke-2 berjaya diperolehi untuk membolehkan Terengganu mengatasi lawan dengan aggregat 2-1 diseparuh masa pertama.Ketika Terengganu agak selesa dengan jaringan 2-0 , pasukan dari ibukota telah mengejutkan para penonton yang hadir apabila berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit 63 separuh masa kedua dan ini telah mencemaskan pegawai pasukan Terengganu namun mereka kembali ceria apabila lima minit kemudian Terengganu memperolehi gol ke-3 untuk membolehkan mengdahului lawan dengan aggregat 3-2 dan keputusan itu kekal hingga wisel penamat. Pemain dan pegawai melompat kegembiraan kerana meraihkan kejayaan ke peringkat akhir manakala nasib berbeza keatas pasukan T-Team yang tunduk lusu kepada pasukan tuan rumah , Johor FC yang mengamuk di Stadium Larkin apabila membelasah lawan dengan jaringan 6-1 dan aggregat 7-1 , ternyata Johor fc bukan tandingan untuk T-Team yang baru musim pertama menyertai liga ini dan kekalahan ini akan menjadi pengajaran berguna buat pemain dan pengurusan pasukan pada musim akan datang.