Hari Penentuan Dua Wakil Terengganu PDF Print E-mail
Written by MP   
Thursday, 13 August 2009 09:59

25

Separuh Akhir Ke-2 : Piala Presiden 2009

Terengganu (0)  vs Kuala Lumpur (1)

Stdm Sultan Ismail Nasaruddin Shah , 4.45 pm , 13 Ogos 2009

Johor Fc (1)  vs T-Team (0)

Stdm Larkin Johor, 4.45 pm , 13 Ogos 2009

Hari ini adalah hari penentuan kepada dua wakil skuad presiden dari Terengganu yang akan turun ke gelanggang dalam misi mencari slot ke peringkat akhir yang dijadualkan minggu hadapan. Kedua-dua wakil ini telah mengharungi perlawanan pusingan pertama pada minggu lalu dimana kedua-dua mereka tewas dengan jaringan tipis kepada lawan masing-masing. T-Team yang terlebih dahulu berusaha menggunakan peluang beraksi dihalaman sendiri gagal menggunakan kesempatan itu untuk mencari kemenangan atau pun seri tetapi terpaksa berputih mata dengan kekalahan tipis dek dikealpaan para pemain yang gagal menggunakan peluang yang diperolehi untuk mencari gol penyamaan sehingga tamat permainan , kini misi mereka semakin berat kerana terpaksa bertandang ketempat lawan dimana tuan rumah mempunyai bekalan 1 gol yang selesa dan berusaha menggunakan kelebihan ini dalam misi untuk memastikan mereka layak ke peringkat akhir.

Johor Fc merupakan pasukan yang amat kuat dikandang sendiri dan sudah pasti memberi gambaran yang mencemaskan buat anak buah Jurulatih Yusof Ali dalam usaha untuk memburu gol disana pada petang ini manakala bagi pasukan presiden Terengganu pula mempunyai nasib yang agak sedikit baik apabila berpeluang menggunakan kelebihan beraksi ditempat sendiri apabila menerima kunjungan pasukan ibukota pada hari ini. Walaupun mereka turut tewas kepada lawan dengan jaringan yang sama namun situasi mereka sedikit berbeza dan peluang keemasan ini harus digunakan sebaiknya. Terengganu harus bangkit dan mengulangi percapaian terbaik mereka beberapa musim lalu untuk mengembalikan piala presiden ke bumi darul iman. Ayuh kepada semua peminat bola Terengganu diharap hadir beramai2 ke Stdm Sultan Ismail Nasaruddin pada petang ini.