Berita Bolasepak Negeri Terengganu PDF Print E-mail
Written by MP   
Saturday, 18 July 2009 12:00

Keputusan : Liga Presiden Suku Akhir 2009

T-Team  ( 6 )  vs UPB Myteam (1)

Perlis (2) vs Terengganu (0)

12hb Julai , Dua wakil dari Terengganu mencipta sejarah apabila kedua-duanya layak ke peringkat separuh akhir sebaik sahaja menamatkan perlawanan terakhir suku akhir kumpulan masing-masing. Didalam peringkat separuh akhir nanti , pasukan T-Team akan menentang pasukan Johor Fc manakala pasukan Terengganu bertemu pasukan Kuala Lumpur . Perlawanan separuh pertama akan diadakan pada 1 Oktober disusuli perlawanan timbal balas pada 8 Oktober 2009. Perlawanan  akhir akan diadakan pada 15 Oktober nanti. Mampukah impian besar mereka untuk bertemu sesama sendiri di peringkat akhir tercapai. Kita tunggu hari dan ketikanya nanti.

 

 

 

 

Keputusan : Liga Remaja Kementerian Pelajaran Peringkat Akhir (U17)

Terengganu (0) vs Sek Sukan Bt Jalil (1)

7hb Julai 2009 , Terengganu terpaksa akur dengan kehebatan pasukan SSBJ yang berjaya menewaskan tuan rumah dengan jaringan tipis pada separuh masa pertama untuk muncul sebagai juara edisi 2009. Permainan mantap yang dipamerkan oleh mereka membuatkan anak buah Mohd Noor Bidin gagal mengawal permainan dan dihukum dengan jaringan gol pendahuluan pada separuh masa pertama seterusnya jaringan tersebut kekal hingga wisel penamat walaupun tuan rumah cuba memberi tentangan diseparuh masa kedua namun kekebalan kubu lawan mengagalkan segala percubaan untuk menyamakan kedudukan.

Walaubagaimanapun Terengganu berpuashati dengan prestasi yang dihidangkan sepanjang kejohanan ini kerana tidak mengjangkakan akan dapat beraksi  ke peringkat akhir. Layak ke akhir dikira percapaian yang baik dan jika menang dianggap sebagai bonus kepada pasukan. Terengganu akan cuba memperbaiki segala kekurangan yang ada untuk persiapan dimusim hadapan.