Suku Akhir Liga Presiden 2009 PDF Print E-mail
Written by MP   
Monday, 06 July 2009 12:17

Sang Penyu Bangkit Untuk Mencatatkan Kemenangan Penting Setelah Ketinggalan Dua Gol Awal

 

presiden_ganu_09

 

Keputusan Penuh

SSBJ (2) VS TERENGGANU (3)

Bkt Jalil , 5 Julai , 2 gol pasukan SSBJ 13 minit pertama tidak melemahkan pasukan ganu utk mencatatkan kemenangan penting apabila bangkit dari ketinggalan dgn memperolehi 3 gol berturut2 selepas itu.

SSBJ berjaya menjaringkan gol dari jarak dekat pd seawal m7 hasil kelamkabut dlm kotak penalti disusuli gol ke-2 5minit kemudian juga dari sudut yg sama namun ganu bangkit melawan dengan mendapatkan gol pertama mereka melalui penyerang lincah , md nurhakimpemain  jersi 18 menerusi gol padang apabila percubaan leret diluar kotak penalti terkena tiang gol lawan dan bernasib baik bola terus menerjah jaring gol kemudian disusuli gol ke-2 melalui sepakan percuma hasil sepakan Syazlan Alias yang menyepak cantik kearah pintu gol lawan tanpa dapat diselamatkan penjaga gol SSBJ .Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan 2-2

Pemain sayap kiri Terengganu jersi 8 , Roszailan memberi kegembiraan kepada kem Teregganuu apabila berjaya memperolehi gol kemenangan pada m53 hasil sepakan dari luar kotak penalti dan terkena tiang dan terus menerjah jaring.kedudukan kekal hingga wisel penamat walaupun tuan rumah mengasak dihujung permainan untuk mendapatkan gol penyamaan namun pertahanan Terengganu kukuh bertahan walaupun beraksi 10 orang ketika perlawanan berbaki 10 minit untuk ditamatkan. Kemenangan ini amat penting untuk skuad sang penyu dan peluang ke semi final  semakin cerah.
Mutu pengadilan amat teruk , 9 kad kuning utk ganu 1 kad merah utk syazlan kerana 2 kad kuning.Fisiotrapi Terengganu turut dibuang padang kerana mempertikai keputusan pengadil


Keputusan lain untuk kumpulan yang sama : Johor fc 4 v Perlis 1

Kedudukan Terkini selepas 4 perlawanan diharungi

Pasukan Mata
Johor fc         12
Terengganu     7
SSBJ              4
Perlis              0