Suku Akhir Liga Presiden 2009 PDF Print E-mail
Written by MP   
Friday, 03 July 2009 13:01

t-team_presiden

Pasukan Presiden T-Team Berjaya Kekalkan  Rekod Tanpa Kalah

2hb Julai , Tampin , Berbekalkan satu kemenangan dan satu seri dalam dua perlawanan suku akhir yang lalu , skuad bawah 21 PBDKT ( T-Team) turun dengan penuh keyakinan untuk merebut slot ke peringkat separuh akhir dengan menghabiskan baki 4 perlawanan yang harus ditempuhi. Berhadapan dengan pasukan tuan rumah , UPB Myteam yang dikala ini hanya berjaya memungut satu mata hasil 2 perlawanan yang dilalui. Mereka mempunyai misi penting untuk menggunakan kelebihan selaku tuan rumah untuk memungut tiga mata penting dalam usaha untuk mencerahkan peluang keperingkat seterusnya.

Aksi separuh pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan mengatur langkah dengan penuh berhati-hati disamping mencari persefahaman terbaik untuk melakukan serangan kearah kubu lawan masing-masing. Pasukan pelawat terlebih dahulu mencuri kesempatan untuk mencari gol seawal minit ke 7 melalui satu serangan kilat yang dilancarkan dari tengah padang memasuki kawasan penalti Myteam dan berlaku keadaan kelamkabut dan penyerang T-Team bertubuh tinggi lampai, Mohd Zaid Mazalan berjaya mencuri kesempatan itu dengan melakukan sepakan lereh dikala penjaga gol awan gagal memerhatikan pergerakan bola tersebut kerana dihalang permandangan oleh pertahanan beliau sendiri untuk membolehkan T-Team berada dihadapan untuk seketika waktu.

Namun kelebihan itu hanya bertahan lima minit sahaja apabila penyerang utama mereka berasal dari kelantan menjaringkan gol penyamaan selepas berlaku salah faham dibahagian pertahanan T-Team didalam kotak penalti untuk membenarkan lawan menjaringkan gol tanpa dapat diselamatkan penjaga gol T-team , Mohd Izaham Tarmizi. Gol tersebut ternyata menaikkan semangat tuan rumah untuk memburu gol seterusnya dan hasilnya pada minit 27 , gerakan yang bermula dari bawah yang melakukan clearance untuk terus dihantar terus kepada pemain sayap kanan lawan seteruskannya melakukan hantaran cantik kedalam kotak penalti T-Team dan dapat diterima baik oleh penyerang yang sama mereka untuk melakukan rembatan kencang tanpa dapat diselamatkan penjaga gol T-Team.

T-Team nyata tidak berputus asa malah berjaya bangkit dari ketinggalan apabila  memperolehi sepakan penalti  dua minit kemudian apabila bola terkena pemain lawan ketika berlaku serangan hendap T-Team , Pengadil yang dikendali oleh kaum wanita itu tidak teragak-agak untuk menghadiakan sepakan tersebut . Pertahanan terakhir T-Team , Mohd Azwan Ali ditugaskan mengambil sepakan tersebut dan beliau dengan tenang melakukan sepakan kearah kiri pintu gol lawan dimana penjaga gol tersalah arah membaca gerakan bola tersebut untuk membolehkan mereka menyamakan kedudukan 2-2 hingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan tuan rumah berusaha kembali melancarkan serangan untuk mencari gol kemenangan dan cita-cita mereka hampir menemui kejayaan apabila penyerang berbisa mereka berjaya melakukan jaringan hatrik pada m60 hasil kegagalan pemain pertahanan T-Team gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dikala pemain lawan sudah berkampung didalam kotak penalti mereka dan hasilnya penjaga gol T-Team ditewaskan untuk kali 3 .  Gol dihasilkan dijarak dekat walaupun cuba dihalang oleh pertahanan T-team namun sudah terlambat. T-team berusaha bangkit untuk kali kedua dan usaha mereka yang tidak berputus asa ternyata berbaloi apabila pemain no.jersi 14 , Mohd Shafiquddin berjaya menyelamatkan T-team dari kekalahan apabila berjaya mencarikan gol penyamaan pada m72 melalui sepakan volley yang cantik diluar kotak penalti kearah kiri pintu gol lawan lalu terkena tiang dan melantun masuk kedalam gawang gol tuan rumah untuk menjadikan kedudukan 3-3 . Selepas itu kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol kemenangan namun tidak berhasil hinggalah wisel penamat ditiup oleh pengadil wanita itu.