| MRL 2009 Matchday 15 (2nd Round) |
|
|
|
| Written by GSN Press |
| Friday, 10 April 2009 11:48 |
|
SKUAD TERENGGANU TUMBANG DI LARKIN MANAKALA T-TEAM CERIA DI KUALA TERENGGANU Pasir Gudang , Terengganu terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah , Johor FC yang menewaskan mereka 3-0 petang semalam. 2 gol berjaya diperolehi diseparuh masa pertama manakala gol ke-3 mereka dihasilkan pada babak kedua permainan. Mengikut laporan pengurus pasukan Terengganu , Johor Fc mempamerkan aksi pantas dan mengelirukan pertahanan Terengganu disamping gagal meng imbangi penguasaan lawan yang sentiasa melakukan larian mengelirukan serta berjaya melepasi perangkap offsaid yang gagal memerangkap mereka malah berjaya menewaskan penjaga gol Terengganu dengan jaringan yang mudah. Kehadiran penjaring utama skuad ini , Mohd Saufi gagal membantu pasukan untuk mencari gol dan lawan terus menguasai permainan sehingga ke wisel penamat. Kekalahan ini memaksa pasukan Terengganu turun ketangga ke-2 kumpulan B walaupun berkongsi mata tetapi Johor Fc lebih layak mengetuai carta kumpulan kerana perbezaan gol. Kedua-dua pasukan akan turun beraksi lagi pada hari Ahad ini dan akan berdepan dengan lawan masing-masing . Terengganu akan menanti kunjungan pasukan UPB My Team di Kuala Terengganu dan sudah pasti Terengganu akan bangkit memburu kemenangan ditempat sendiri. Manakala Skuad T-Team pula menerima nasib yang berbeza apabila mereka mencatatkan kemenangan tipis , 1-0 keatas pasukan PDRM di Kuala Terengganu semalam. Gol dihasilkan oleh pemain tengah , Azzuddin. T-team yang gagal mencatatkan kemenangan dalam 2 perlawanan yang lalu turun dengan lebih bersemangat dan mempamerkan aksi yang lebih kemas tetapi kelemahan jentera serangan mengagalkan peluang yang telah terhidang dan mereka terpaksa berpuashati dengan jaringan tunggal yang diperolehi melalui Azzudin. Walaubagaimanapun T-Team sekali lagi akan berdepan dalam perlawanan getir pada hari Ahad ini apabila berkunjung ke Shah Alam untuk berdepan dengan pasukan Selangor. Didalam pertemuan pertama di K.Terengganu , T-Team berjaya menundukkan lawan dengan jaringan 2-0 namun keputusan pasti berbeza apabila lawan sudah pasti mempunyai misi untuk membalas dendam dan menggunakan kesempatan beraksi ditempat sendiri. Mampukan T-Team mengulangi kejayaan yang lalu. jom rakan-rakan ganusoccer di lembah klang dijemput hadir memberi sokongan di Stdm Uitm Shah alam petang Ahad ini. |



