Liga Perdana 2009 : Harimau Muda vs TTeam PDF Print E-mail
Written by Geng Ganu   
Thursday, 09 July 2009 14:31
makang_duriang

pre_tteam

T-TEAM NOK GEMPUR !!!

Pertembungan menarik dan sengit.Itulah yang boleh diperkatakan apabila dua pasukan teratas Liga Perdana akan bertemu sesama sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil.Pertembungan antara Harimau Muda dan TTeam itu pastinya di tunggu-tunggu oleh penyokong-penyokong kedua-dua pasukan.Harimau Muda yang dibarisi oleh pemain2 muda negara ingin mengekalkan kedudukan mereka di persada liga manakala TTeam yang menyenaraikan ramai pemain berpengalaman serta bekas pemain-pemain kebangsaan inginkan kemenangan apatah lagi mereka pernah ditewaskan oleh anak-anak muda negara itu di pusingan pertama di gelanggang sendiri.Tewas 0-1 digelanggang sendiri pusingan pertama samasekali melenyapkan rekod tanpa kalah TTeam ditempat sendiri.Manakala Harimau Muda yang baru juga baru sekali tewas ditangan Proton FC sudah pasti tidak akan memberi laluan mudah untuk TTeam memungut mata penuh.Menyedari kekuatan lawan yang serba baru serta bersemangat, jurulatih TTeam semestinya mempunyai ramuan yang cukup serta adunan yang terbaik untuk sekali lagi memalitkan aib kepada barisan muda negara itu.Bersandarkan pengalaman yang ada, barisan TTeam seharusnya mudah untuk menjinakkan Harimau Muda namun perlu berwaspada kerana mereka mempunyai kekuatan yang seimbang serta mempunyai tahap kecergasan yang cukup tinggi.

Haris Safwan Kamal sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk merobek pintu gol Harimau Muda dan Ahmad Shakir Ali juga diberi mandat untuk menembusi pintu gol kawalan bekas penjaga gol kebangsaan, Syamsuri Mustafa bagi pihak Harimau Muda.
Manakala Norhisham Hassan sekali lagi diberi peranan untuk menjana gerakan TTeam dan Norfazly bakal bergandingan dengan Nuralif bagi mengukuhkan benteng TTeam.

Pertembungan dua pasukan ini sudah pasti memberikan sesuatu yang menarik untuk ditonton.Mereka menjanjikan persaingan yang sengit.Mereka juga akan menyajikan aksi yang cukup memikat.Ayuh, penyokong2 TTeam, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memberikan sokongan kepada TTeam dalam merealisasikan dendam terbalas dan 3 mata dapat dibawa pulang ke bumi Darul Iman.