| Liga Perdana 2009 |
|
|
|
| Written by terraadvertising |
| Monday, 22 June 2009 08:39 |
|
TM LIGA PERDANA 2009
PBDKT/TTEAM lwn SELANGOR PKNS
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
22 Jun 2009 8.45 malam
Wakil Terengganu dalam Liga Perdana, PBDKT atau lebih terkenal dengan TTeam mencari kedudukan terbaik dalam Liga Perdana apabila melayan kunjungan PKNS malam ini.TTeam yang kini menghuni tangga ketiga Liga Perdana ingin memperbaiki kedudukan untuk melayakkan diri ke saingan Liga Super secara automatik tahun depan.
Skuad bimbingan coach Cheku Marzuki ini dilihat tidak menghadapi banyak masalah untuk sekali lagi memunggut 3 mata penuh setelah membenamkan cabaran ATM Jumaat lalu dengan 3 - 1. Dalam pusingan pertama, skuad PKNS yang melayan kunjungan TTeam di Std. MBPJ telahpun tewas 1-4 dan malam ini sudah pasti mereka ingin membalas dendam akan kekalahan tersebut.Barisan kendalian jurulatih berasal dari Terengganu itu juga ingin memperbaiki kedudukan dalam liga perdana.Coach Abdul Rahman Ibrahim yang terkenal dengan pakar taktikal sememangnya tidak asing lagi dikalangan penyokong-penyokong bolasepak tanahair dan malam ini pastinya ada taktikal yang bakal memerangkap TTeam andainya para pemain TTeam menganggap mudah perlawanan ini. Gandingan dua anak watan Terengganu, Haris Safwan dan Hairuddin Omar ini sekali lagi ditagih untuk terus memburu jaringan.Kedua-duanya menemui sentuhan penyudah yang cukup berkesan ketika membenamkan ATM Jumaat lalu dan malam ini mereka sekali lagi disandarkan harapan untuk memburu jaringan.Haris Safwan dilihat berpotensi untuk merangkul anugerah Kasut Emas Liga Perdana setelah beliau kini menjadi penjaring utama TTeam.TTeam juga tidak perlu risau dengan ketangkasan Syamsuri Mustaffa yang dilihat semakin bertenaga dalam setiap aksi beliau dalam perlawanan-perlawanan terdahulu.Begitu juga dengan benteng yang diterajui oleh Norfazly Alias bersama-sama dengan Aliff Zainal Abidin,Subri Sulong dan Seorang lagi bek kiri, kini semakin ampuh dan kukuh bertahan.Manakala Norhisham Hassan dan Rosdi Talin semakin serasi dalam menjana gerakan-gerakan menarik untuk penyudahan berkesan oleh Hairuddin dan Haris. TTeam pastinya tidak ingin dimalukan dilaman sendiri malam ini.Dan mengikut rekod perlawanan di K.Terengganu, TTeam hanya tunduk sekali ditangan Harimau Muda dan selepas itu TTeam terus mencatatkan keputusan seri dan menang setiap kali beraksi di laman sendiri.Malam ini, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sekali lagi akan menjadi saksi amukan TTeam.PKNS bakal menjadi mangsanya. |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 121 guests and 1 member online
- fuad adan


