| Keputusan Liga Perdana - TTeam lwn Proton Fc |
|
|
|
| Written by GSN Press |
| Tuesday, 05 May 2009 17:59 |
|
Badi Seri dan Kalah Dikandang Sendiri Berakhir Malam Tadi
4hb Mei , Gong Badak , jaringan hatrik daripada penyerang sensasi pasukan T-Team . Md.Haris Safwan keatas pasukan bimbingan bekas jurulatih Terengganu iaitu saudara Yunus Aliff iaitu Proton Fc cukup membuktikan akan ketajaman penyudah tuan rumah serta penguasaan sepenuhnya bekas juara piala FAM musim 2008 yang lalu. 2 gol jaringan padang serta satu gol lagi menerusi sepakan penalti telah memberi tiga mata penting untuk pasukan T-Team memberi saingan kepada dua lagi pasukan tangga teratas iaitu pasukan Harimau Muda dan Johor yang kini berada 4 mata diatas mereka. Proton Fc yang diperkuatkan oleh bekas kapten pasukan Perak , Ahmad Shahrul Azhar dan Durahim bekas pertahanan Terengganu gagal membantu menahan asakan pemain T-Team yang diterajui oleh Norhisham dan Haris Safwan. Dua gol berjaya dihasilkan diseparuh masa pertama manakala gol ketiga dijaringkan pada separuh masa kedua hasil sepakan penalti. Kekentalan pertahanan T-Team yang dibarisi Abdul Aliff Alias , Nuraliff Zainal , Abdullah dan Norfazly Alias kemas mengawal dari membenarkan sebarang percubaan membahaya dari pasukan lawan. Peluang untuk menjaringkan gol banyak diciptakan pada separuh masa pertama namun kerana penyudah yang tumpul , peluang yang diperolehi disia-siakan. T-Team akan bertemu pasukan Shahzan Muda pada 11 Mei ini untuk perlawanan yang seterusnya.
|


