| MPL 2009 : Matchday 1 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Wednesday, 11 February 2009 02:56 |
|
MATA SULUNG T-TEAM
![]() Ketua Pasukan, Hairuddin Omar melakukan percubaan ke arah pintu gol Melaka.
Kuala Terengganu, 9 Jan – Hanya satu mata sahaja yang berjaya diraih oleh pasukan PBDKT / T-Team dalam perlawanan pembukaan Liga Premier 2009 menentang pasukan Melaka yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam semalam. Turun dengan kesebelasan utama yang dibarisi oleh rata-rata pemain ternama, anak-anak buah Che Ku Marzuki gagal menterjemahkan penguasaan di atas padang kepada jaringan bagi memastikan 3 mata berharga menjadi milik pasukan.
Berdepan dengan pasukan Melaka yang kebanyakkannya dibarisi oleh muka-muka baru, PBDKT / T-Team menurunkan sebahagian besar pemain yang berpengalaman dengan Hairuddin Omar , pemain kebangsaan, memikul amanah sebagai kapten pasukan mengetuai rakan-rakan sepasukan. Kedua-dua jurulatih menggunakan formasi tradisional 4-4-2 dengan berorientasikan serangan. Menepati ramalan awal, PBDKT / T-Team ternyata mempunyai ramuan yang tepat apabila mengasak kubu dari minit pertama perlawanan dan menguasai sebahagian besar padang dengan gandingan Hairuddin Omar dan Norhisham Hassan di bahagian tengah. Namun ketumpulan barisan hadapan menjadi batu penghalang apabila sekadar mampu menghadirkan percubaan-percubaan liar dan serong. Gandingan Mohd Kamal Rodiarjat dan Md. Harris Safwan Kamal dilihat kurang berbisa apabila banyak terlepas peluang keemasan dihadapan pintu gol Melaka. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0 – 0 walaupun PBDKT / T-Team berjaya mempamerkan gaya permainan yang menarik.
Separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya mengekalkan penguasaan bola namun benteng Melaka ternyata tetap kebal. Penjaga gol Melaka turut mempamerkan kekentalan menafikan percubaan-percubaan merbahaya termasuk satu aksi menarik melayangkan badan menepis percubaan ke sasaran dari Hairuddin Omar di atas garisan gol. Sekali-sekala pemain Melaka membuat serangan balas pantas namun gandingan Hasbullah Awang dan Md. Nuraliff Zainal di barisan belakang PBDKT / T-Team berjaya menghalang sebarang usaha yang hadir dari barisan hadapan Melaka.
Episod yang sama seperti di separuh masa pertama, penguasaan penuh di atas padang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan apabila Md. Harris Safwan dan Mohd Kamal Rodiarjat dilihat agak terkial-kial mencari sentuhan gol. Di akhir-akhir perlawanan, benteng Melaka yang diasak bertubi-tubi oleh pasukan tuan rumah tambah tertekan apabila ketua pasukan mereka dilayangkan kad merah apabila menjatuhkan pemain muda di posisi sayap kanan, Rizzuan Tahar. Beliau yang sudah menerima kad kuning di separuh masa pertama melakukan terjahan dari belakang memberikan pengadil perlawanan tiada pilihan lain selain kad kuning kedua memaksa kad merah dilayangkan. Namun, kelebihan bermain menentang 10 orang pemain gagal dimanfaatkan oleh anak-anak buah Che Ku Marzuki.
Keputusan penuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, PBDKT / T-Team berkongsi mata dengan Melaka hasil keputusan seri 0 -0. Jurulatih, Che Ku Marzuki ternyata perlu mencari jalan bagi mempertajamkan barisan hadapan dalam memburu gol. Sementara itu, persembahan mantap Norhisham Hassan layak menobatkan beliau selaku pemain terbaik perlawanan.
|
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 169 guests and 3 members online
- alienx
- dininazaf
- lori



