Liga Perdana 2009 - T-Team PDF Print E-mail
PBD K.TERENGGANU IKAT PEMAIN

K.Trg - Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu atau lebih dikenali dengan nama T-Team mengambil langkah awal mengikat pemain-pemain yang akan membawa cabaran T-Team dalam Liga Perdana musim depan.Majlis tandatangani kontrak tersebut dijangka akan diadakan pada 22 Oktober 2008.

Menurut jurucakap T-Team, beberapa pemain baru T-Team akan menandatangani kontrak tersebut dan mereka disahkan akan menyertai pasukan berkenaan. Walaupun muka baru dalam pasukan T-Team tetapi mereka bukanlah asing dikalangan pencinta bolasepak tanah air. Beberapa pemain baru tersebut merupakan bekas pemain yang pernah beraksi bersama-sama dengan pasukan utama Terengganu. Dalam majlis yang sama, pemain-pemain T-Team musim lalu yang dikekalkan juga akan menandatangani kontrak bersama-sama dengan pemain-pemain baru tersebut.

Antara pemain lama yang menjadi tunjang kejayaan T-Team menjuarai Liga FAM sekaligus membawa pasukan itu ke persaingan Liga Perdana adalah bekas pemain Terengganu iaitu Md.Shahalrizam dan Hasbullah Awang.Mereka bakal disertai oleh pemain Terengganu musim lalu yang bersama pasukan PDRM dalam Piala Malaysia iaitu Norhisham Hassan.Manakala beberapa anak watan Terengganu juga disahkan akan menandatangai kontrak esok.

T-Team dilihat sebuah pasukan yang begitu menonjol dalam mempersiapkan pasukan untuk mengharungi cabaran Liga Perdana.Pasukan yang diterajui oleh Exco Belia dan Sukan Negeri ini mendapat peruntukan sebanyak 2 juta daripada Kerajaan Negeri telah melamar beberapa pemain ternama yang pernah menyarung jersi kebangsaan.Malah seorang pemain tersebut kini bersama dengan pasukan Malaysia dalam Pestabola Merdeka.Syamsuri Mustaffa, Subri Sulong,Norfazly Alias, Rosdi Talib dan Norhisham Hassan antara mereka yang pernah menyarung jersi kebangsaan akan menurunkan tandatangan mereka esok.Apa yang pasti, persiapan pasukan dari Terengganu ini tidak boleh dipandang ringan oleh pasukan lain.T-Team pastinya adalah pencabar utama kepada pasukan-pasukan lain dalam Liga Perdana.