| Piala FA - Suku Akhir 1 :TTeam, Terengganu Berjuang... |
|
|
|
| Written by geng_ganu |
| Tuesday, 09 March 2010 11:20 |
|
Persaingan Liga Super dihentikan seketika bagi memberi laluan perlawanan pertama suku akhir Piala FA.Pertembungan paling menarik malam ini adalah pertembungan dua pasukan setempat iaitu TTeam dan Terengganu.TTeam yang turun selaku tuan rumah malam ini mara ke suku akhir selepas menundukkan Perak manakala Terengganu pula menamatkan cabaran Sarawak.
TTeam dilihat mampu memberikan saingan kepada pasukan Terengganu dengan kesebelasan utama yang mampu menjana gerakan-gerakan menarik apatah lagi beraksi di gelanggang sendiri malam ini.Tidak kurang hebatnya pasukan Terengganu yang kini bergelut untuk menyaingi Selangor di tangga teratas Liga Super juga mampu memporak-perandakan pasukan TTeam malam ini. Tiada kelebihan gelanggang pada kedua-dua pasukan kerana masing-masing boleh dikatakan agak kebal di SSINS.TTeam mampu mengambil peluang beraksi di gelanggang sendiri malam ini untuk memusnahkan impian Terengganu.Manakala Terengganu juga mampu melakukan perkaera yang sama kerana mereka juga beraksi di "gelanggang lawan" malam ini. Penguasaan bahagian tengah mampu menghadirkan kelebihan kepada kedua-dua pasukan.Mampukah dua bekas pemain Terengganu yang mencari angin baru bersama-sama TTeam menongkah arus menentang rakan lama di pihak Terengganu? Mampukah pula rakan lama mereka di kem Terengganu menentang badai rakan mereka di TTeam.Siapakah pilihan terbaik yang akan dipertaruhkan oleh kedua-dua jurulatih?Siapakah bakal menjana gerakan untuk TTeam pilihan Cheku Marzuki dan siapa pula yang terbaik milik Irfan Bakti?Hanya yang terbaik semestinya menjadi pilihan.Siapa yang berkuasa di bahagian tengah malam ini, pasti akan memberikan suatu kelebihan untuk pasukan mereka. Kekebalan di bahagian benteng juga menjadi initipati kemenangan pasukan.Kekentalan bertahan juga akan menjadi nadi kekuatan pasukan.Siapakah yang bertuah untuk membariskan 4 pertahan kental dipihak tuan rumah TTeam? Dan siapakah pula yang terbaik menjadi pilihan pasukan pelawat, Terengganu untuk menjadi pagar besi di pihak Irfan Bakti?Terjahan dan bentesan keras sudah pasti diasajikan oleh benteng pertahanan kedua-dua pasukan malam ini.Namun yang pasti, terjahan dan bentesan itu hanyalah dengan niat mempertahankan kubu masing-masing daripada merapati gawang.Benteng yang kurang melakukan kesilapan sudah pasti akan menjanjikan sesuatu yang bermakna utk pasukan. Ketajaman pemusnah dan peledak konsisten juga menjanjikan kemenangan untuk pasukan.Dua peledak kebanggan TTeam sudah pasti ditugaskan untuk merobek benteng serta gawang milik Terengganu.Konsistensi 2H sekali ditagih oleh Cheku Marzuki untuk memberikan sejumlah gol yang banyak untuk dibawa bekal ke gelanggang lawan.Manakala Terengganu juga, menginginkan perkara yang sama.Mencari bekalan selesa untuk dibawa balik ke gelanggang sendiri 20 Mac nanti.Siapakah penyerang2 Terengganu yang mampu menghadirkan ancaman untuk benteng dan gawang TTeam? Adakah gandingan M dan F terus diberi kepercayaan ini untuk mencari gol sedangkan dua gandingan ini masih cetek pengalaman berbanding dua peledak berbisa TTeam.Apa yang nyata, mereka yang menjaringkan gol pasti memberikan kelegaan kepada pasukan masing-masing. Kalau dulu perseteruan sihat merebut tempat utama dalam kesebelasan utama Terengganu menjadi agenda utama.merekaTetapi malam ini, kedua-duanya tidak lagi berseteru.Masing-masing telahpun menjamin tempat utama dalam pasukan masing-masing.Seorang di pihak TTeam dan seorang lagi dipihak Terengganu.Seorang pernah mengharumkan nama Malaysia dipersada bolasepak tanahair dengan jaringan gol dr pintu gol kawalannya.Dan seorang lagi telah mengharumkan nama Terengganu di peringkat suku akhir Piala Malaysia dua musim berturut-turut.Tangan emas kedua-duanya menjadi penentu hala tuju pasukan masing-masing.Adakah pengalaman penjaga gol utama TTeam bakal meranapkan impian Terengganu ataupun adakah ketangkasan penjaga gol utama Terengganu akan memusnahkan impian TTeam? Yang pasti, kedua-duanya akan turun memberikan aksi terbaik. Apapun, pertembungan ini pastinya tidak menemukan dua penyokong yang berbeza.Sokongan dan sorakan datangnya dari arah dan penyokong yang sama.Tepukan dan keluhan juga datangnya dari penyokong yang sama.Tiada beza antara keduanya.Sama-sama bertepuk dan bersorak memberi sokongan yang jitu untuk kedua-duanya.Sokongan padu dan jitu ditagih untuk menyemarakkan lagi semangat pemain untuk mencari kemenangan bukan mencari pergaduhan. Buat TTeam dan Terengganu, beraksilah dengan penuh komitmen, semangat juang yang tinggi dan penuh profesional.Bertembunglah dengan pertembungan yang sihat.Berseterulah dengan perseteruan yang berhemah.Bersainglah dengan persaingan persahabatan.Apa yang pasti, TTeam, terbaik.Terengganu,hebat. |
Perlawanan Berikut
| 03-08-2010 20:45 | ||
| Terengganu | vs | PLUS FC KL |
| 03-08-2010 20:45 | ||
| Kelantan | vs | T-Team |
Carta MSL 2010
| № | Team | Played | Points |
|---|---|---|---|
| 1 | Selangor | 23 | 57 |
| 2 | Kelantan | 23 | 52 |
| 3 | Terengganu | 23 | 47 |
| 4 | Johor FC | 23 | 37 |
| 5 | T-Team | 23 | 34 |
| 6 | Kedah | 23 | 32 |
| 7 | N. Sembilan | 23 | 32 |
| 8 | Pahang | 23 | 30 |
| 9 | PLUS FC KL | 23 | 27 |
| 10 | Kuala Lumpur | 23 | 26 |
| 11 | Perlis | 23 | 25 |
| 12 | Perak | 23 | 24 |
| 13 | Johor | 23 | 16 |
| 14 | Pulau Pinang | 23 | 9 |
Terengganu FM
Siapa di Talian?
We have 98 guests and 6 members online
- iwamoza06
- mr_oblong87
- Semie
- Ryo
- vivasfcp-7



