| PIALA FA 2010 |
|
|
|
| Written by AR |
| Tuesday, 02 February 2010 07:32 |
|
There are no translations available. PEREBUTAN BERMULA
Saingan Piala FA 2010 akan bermula malam ini dengan perlawanan pertama, pusingan pertama melibatkan kedua-dua pasukan dari Terengganu. Walaupun pertandingan ini tidak berprestij seperti Piala Malaysia namun ianya masih lagi suatu kejohanan yang boleh memberikan kebanggan kepada pasukan yang berjaya memenanginya. Pasukan T-Team akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Liga Perdana, Shahzan Muda di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sementara pasukan Terengganu pula bertandang ke Pulau Mutiara untuk bertemu buat kali pertama dengan pasukan Kelab Bolasepak Staf Universiti Sains Malaysia (KBS-USM) di Stadium Olahraga USM yang pertama kali mengharungi peringkat ini dalam sejarah mereka. Pada musim lepas, T-Team telah berjaya mengalahkan lawan yang sama dengan jaringan gol di tempat lawan selepas memenangi perlawanan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin 1-0 dan tewas di Kuantan dengan jaringan 2-1. Dengan kedua-dua pasukan kini bermain di peringkat berbeza T-Team akan dilihat sebagai pasukan pilihan selaku penghuni Liga Super. Walaupun kempen anak buah Che Ku Marzuki tidak begitu menyerlah dengan hanya satu kemenangan sahaja musim ini dalam Liga Super, persembahan Shahzan Muda dalam Liga Perdana juga tidak memberangsangkan. Kekalahan 3-1 di tangan Kedah pada hari Sabtu sudah pasti akan menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain pasukan T-Team yang akan beraksi di hadapan para penyokong mereka sendiri. Sementara itu ramai penyokong Terengganu berpendapat perlawanan menentang KBS-USM ialah peluang kepada Ketua Jurulatih Si Penyu, Irfan Bakti untuk melakukan 'squad rotation' dengan merehatkan pemain-pemain tertentu dan memberi laluan kepada yang lain untuk mendapatkan masa bermain dalam perlawanan sebenarnya. Sudah pasti semua itu sudah berada di dalam minda jurulatih berpengalaman itu. Dan pengalaman itulah yang pasti akan menyaksikan dia melakar strategi beliau sendiri untuk mengelakkan para pemain memandang rendah keupayaan pasukan KBS-USM. Sikap tersebut sudah pasti akan memakan diri sendiri jika ianya dibiarkan berterusan. Apa yang pasti ialah para penyokong kedua-dua buah pasukan menuntut kemenangan yang selesa untuk dijadikan bekalan untuk perlawanan timbal-balik yang akan berlangsung pada hari Sabtu nanti. Kepada pasukan Terengganu dan T-Team, TERUSKAN BERJUANG, KAMI TETAP BERSAMAMU.
... |
Perlawanan Berikut
| 13-03-2010 20:45 | ||
| Terengganu | vs | Pahang |
| 13-03-2010 20:45 | ||
| Perak | vs | T-Team |
Carta MSL 2010
| № | Team | Played | Points |
|---|---|---|---|
| 1 | Selangor | 9 | 22 |
| 2 | Terengganu | 8 | 17 |
| 3 | Johor FC | 8 | 16 |
| 4 | Kelantan | 8 | 15 |
| 5 | Kedah | 8 | 13 |
| 6 | Pahang | 8 | 13 |
| 7 | N. Sembilan | 7 | 11 |
| 8 | Perlis | 8 | 11 |
| 9 | Kuala Lumpur | 8 | 10 |
| 10 | T-Team | 8 | 9 |
| 11 | Perak | 8 | 6 |
| 12 | PLUS FC KL | 8 | 5 |
| 13 | Pulau Pinang | 9 | 5 |
| 14 | Johor | 7 | 1 |
Terengganu FM
Siapa di Talian?
- zamganu
- kabusribut3
- rizie
- geng_ganu
- Semie
- eric cantona Jr.
- TATI69
- nofa
- kudin_hamlau
- kyoul
- ganuboyz
- Amni san
- tganudagreat
- Duwey
- lori
- alienx
- fganugirls
- aminuddin.ab
- mdjamal
- trgboy
- TuaLanG85
- sir alex ferguson jr
- vida
- ajoi
- BudokGanu
- didinho
- Ryo



