HARIMAU MUDA "KERKOH" PENYU PDF Print E-mail
Written by Jemchitte   
Wednesday, 25 February 2009 23:50

Shah Alam. 25hb Februari 2009. Hasrat anak buah Ken Worden untuk bersama dengan T Team layak ke pusingan suku akhir Piala FA 2009 berkecai apabila skuad pelapis negara, Harimau Muda bukan sahaja bangkit daripada defisit 2 gol tetapi memadamkan terus segala kelebihan awal sang Penyu dengan tiga jaringan berharga di separuh masa kedua perlawanan pusingan kedua di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Terengganu tumbang 1-3 dengan jumlah agregat 3-4.

Ketika permainan separuh masa pertama yang membosankan dengan gerakan yang sering kali terbatas, tersangkut serta mudah dipatahkan lawan, penonton disajikan dengan corak permainan yang kurang menarik daripada kedua2 pasukan yang lebih kurang 500 orang sahaja biarpun tiada sebarang bayaran masuk dikenakan.

Selepas percubaan Wan Aliff yang mengelecek dua pertahanan lawan dan sepakannya terhalang oleh "last man" pada minit ke40, peluang yang seterusnya melalui sepakan sudut sebelah kanan Harimau Muda dengan baik ditanduk kemas oleh Marzuki untuk gol pendahuluan perlawanan serta menambah jarak agregat kepada 3-1.

Separuh masa kedua, Ken Worden memasukkan Zairo Anuar bagi mengantikan Ahmad Shahril yang kurang efektif di bahagian tengah ternyata memberikan sedikit momentum kepada para penonton dengan gerakan pantas serta leret dan lambung yang agak berkesan. Namun jika saingan positif yang diharapkan berkecai apabila Sarbini terlucut bola didakapannya pada minit ke65 selepas berjaya menangkap percubaan daripada penyerang Harimau Muda,. K Gurusamy dengan tenang dan bersahaja menyudahkan peluang yang terbuka dengan sepakan tepat. Lebih malang sebelum itu, Terengganu dulunya yang sepatutnya mencatat kelebihan satu lagi jaringan apabila hasil tolakan menarik Zairo kepada Wan Aliff yang membayangi serta juga membebaskan diri daripada kepungan dua pertahanan terakhir Harimau Muda, peluang satu sama satu dengan penjaga gol lawan berakhir dengan sepakan tepat ke dakapan penjaga gawang.

Malang bagai tak sudah apabila selang seminit kemudian, Marzuki pula terpegang bola didalam kotak penalti dan sepakan yang dianugerahkan kepada Ahmad Shakir Ali bekas pemain pinjaman T Team yang dengan menarik merembat kencang tanpa memberi peluang kepada Sarbini mencuci dosanya kerana melepaskan gol pertama. Peluang Terengganu untuk mara terus ditutup dengan rapat apabila Harimau Muda melalui gerakan pantas sebelah kiri gol apda minit ke75, Hariri terjatuh dalam usaha mengekang asakan lawan yang dengan baik menembus masuk ke dalam kotak penalti lalu merembat kencang tanpa sebarang ampun kepada barisan belakang Penyu bagi gol ketiga dan juga gol kemenangan skuda Rajagopal.

Pertukaran taktikal Ken Worden dengan mengarahkan Marzuki naik keatas dan memasukkan CheKu Ahmad Rosdi dibabak akhir perlawanan, tidak membuahkan hasil. Tirai cerita ditutup dengan noktah hitam apabila Ismail Faruqi yang gagal mengawal perasaan dalam perebutan bola dengan bek kiri lawan, dihadiahkan kad kuning kedua lalu diarahkan keluar pada masa tambahan 92 perlawanan.