Sekitar Persiapan Terengganu dalam TM Piala FA 2007 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 04 February 2007 16:00
Sessi latihan 3 Februari 2007

Pemaing kembali ke padang petang kemarin selepas diberi rehat selamat dua hari, khamis dan jumaat.Semua pemaing kelihatan cukup cergas setelah mendapat rehat secukupnya.

Latihan sepertimana biasa…dimulakan dengan warm-up dan juga tunjuk ajar oleh YA berkenaan dengan taktik dan strategi yang akan cuba digunakan dalam persaingan kalah mati Piala FA. Dengan kehadiran semula syamsuri dibenteng, YA nampak tidak lagi resah memikirkan posisi tersebut.

Petang kelmarin juga, pihak rtm ada membuat rakaman dengan menemubual coach Yunuh Aliff , Sheikh Ahmad Tajuddin dan juga seorang pemain. Latihan diteruskan dengan perlawanan sesama sendiri.YA mencuba gandingan yang akan digunakan ketika perlawanan menentang Johor PG nanti.Kelibat pemaing yang sama terus mendapat kepercayaan YA untuk membawa cabaran di Johor.Sessi latihan ptg kelmarin diakhiri dengan latihan sepakan penalti.Beberapa pemain utama tidak berjaya untuk menembusi pintu gol kawalan sarbini dan juga syamsuri.Maknanya, pemain-pemain itu perlu menggandakan latihan sepakan penalti andainya perlawanan selasa ini diheret hingga penentuan sepakan penalti.

Latihan berakhir hampir 7 ptg…..pagi ini dan petang ini latihan akan bersambung.