| HASRAT PENYU TIDAK KESAMPAIAN- RUSA MENANG SELESA |
|
|
|
| Written by Jemchitte |
| Sunday, 01 November 2009 12:51 |
|
Kuala Terengganu. 31hb. Oktober 2009. Hasrat mengunung tinggi pasukan Terengganu untuk mengulangi pencapaian 2001 dan juga untuk merealitikan impian "local derby" final dengan musuh pantai Timur, Kelantan akhirnya berkubur setelah ditunjuk jalan keluar oleh Negeri Sembilan 1-3 pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Terengganu tewas dengan agregat 1-4 dan bukan itu sahaja rekod baik di gelanggang sendiri turut dicalarkan lagi oleh sang pelawat yang merekodkan dua kemenangan berturut dalam kunjungan mereka ke bumi Terengganu dalam bulan Oktober ini. Kehadiran "full house" kira2 15,000 penyokong kedua belah pasukan terutamanya Terengganu gagal memberikan impak yang diharapkan seperti perlawanan suku akhir tempoh hari. Tanpa Marzuki, Saiful Rusly dan Hariri yang tidak dapat diturunkan kerana pengantungan dan kecederaan, Ken Worden memasukkan Che Ku Ahmad Rosdi serta Muhaimin serta Shahrul Ezrain bagi mengisi kekosongan yang ada. Ketika Terengganu terdesak mencari gol semangat pada babak awal perlawanan, Zakuan bijak mengeksploitasi keadaan kelam kabut di depan gawang terengganu dengan memperdayakan Shahrizam sebelum dia dengan bijak menjolok masuk gol sulung pelawat pada minit ke9. Terkejut dengan gol pelawat, Penyu mengandakan asakan melalui gerakan Manaf dan Ashaari serta Shahzlan. Rusa sekali didepan pada minit ke17 selepas sepakan percuma yang diambil oleh Shukur Adan lalu ditanduk ke dalam kawasan gol oleh Hairuddin dan Zakuan sekali bertindak bijak menyambut bola tersebut untuk sekali lagi meletakkan namanya sebagai penjaring dan menambah selesa kedudukan pelawat. Sang Penyu yang terkejut dengan kelebihan gol lawan itu, cuba mencari gol semangat dan mengurangkan defisit melaui serangan pada minit ke22 namun rembatan Shazlan tepat ke dapakan penjaga gol lawan. Cubaan Khairul Izwan pada minit ke 32 namun half volley sikit tinggi. Dia bagaimanapun menebus kekecewaan tadi apabila menanduk cantik hantaran Shahzlan selang tiga minit kemudian untuk gol semangat tuan rumah. Ketika Terengganu berkira2 untuk mematikan langkah penyerang lawan, Hairuddin menjadi duri dalam daging pada masa kecederaan dengan mudah memperdayakan Che Ku dan meledak kencang untuk gol ketiga pelawat dan peluang Penyu jelas amat suram. Berlaku insiden antara Manaf dan Idris Karim namun hanya Manaf yang dihukum kad kuning sedangkan Idris yang masuk campur dengan menarik dan dilihat seakan menumbuknya terlepas daripada hukuman. Separuh masa kedua, Terengganu masih mencuba untuk mencari gol tetapi Rusa kental bertahan. Shazlan berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke 49 dan bertembung dengan penjaga gol Rusa tetapi Shahzlan dilayan kad kuning kerana situasi itu. Half volley Zairo pada minit ke56 pula tepat kepada penjaga gol lawan. CheKu tercedera pada minit ke63 dan digantikan dengan Hassan Basri. Serangan2 Penyu melalui hantaran lambung mudah dipatahkan lawan dan Rusa jelas berpuashari dengan jumlah gol bertindak sedikit tenang dan mengemaskan pertahanan mereka biarpun counter attack mereka agak berbahaya seringkali mencemaskan kubu Penyu. Tamat perlawanan tiada tambahan gol diperolehi dan impian ke Bukit Jalil terpadam.
|


