| Piala Malaysia Saingan Separuh Akhir Ke -2 |
|
|
|
| Written by mp |
| Saturday, 31 October 2009 10:02 |
|
Semangat Sang Penyu Membara
Piala Malaysia 2009 Separuh Akhir ke-2
Terengganu vs N.Sembilan Stdm Sultan Ismail Nasaruddin Shah 8.45 PM , 31 Oktober 2009
Sang Penyu tidak mampu untuk toleh kebelakang lagi , dua kali percubaan berturut-turut ke peringkat akhir dinafikan oleh juara bertahan , Kedah Darul Aman pada musim 2007 dan 2008. Kekecewaan yang lalu akan digantikan dengan noktah gembira apabila anak buah Ken Worden telah bersedia sepenuhnya menghadapi segala cabaran yang akan diberikan oleh pasukan Sang Rusa. Layak untuk kali ke-3 berturut-turut ke peringkat separuh akhir ini tidak memberi makna jika Terengganu sekali lagi terpaksa mengigit jari untuk melangkah ke saingan akhir buat kali ke-5 dimana kali terakhir mereka menikmati pentas akhir pada tahun 2001 apabila berjaya mencipta sejarah selepas 80 tahun menanti untuk merangkul Piala Malaysia dan seterusnya buat petama kali piala keagungan saingan bolasepak negara dibawa menjejaki bumi bertuah Darul Iman.
8 tahun menanti pentas akhir membuatkan semua pemain Terengganu tidak sabar untuk bangkit dari kekalahan tipis 0-1 di paroi selasa tempohari. Beraksi dilaman sendiri memberi semangat yang luar biasa kepada para pemain disamping mendapat sokongan padu daripada para penyokong sendiri yang akan menggamatkan suasana stadium pada malam ini.
Walaupun ketiadaan kapten pasukan , Marzuki Yusof yang telah beraksi cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia ini,namun ianya tidak akan melemahkan rakan pasukan lain kerana yakin pengganti beliau mampu menggalas tugas dengan sebaik-baiknya.
Ken Worden telah memaklumkan kepada pihak GSN , beliau telah bersepakat dengan pihajk pengurusan untuk menggunakan formasi baru yang dirasakan mampu menyekat penguasaan pemain N.Sembilan dibahagian tengah seterusnya mampu melancarkan serangan dalam usaha mendapatkan gol awal agar dapat memberi tekanan awal kepada pihak lawan.
Semua pemain telah diberi amanah untuk mengunci pemain utama lawan dan berusaha mengurangkan kesilapan ketika berdepan asakan lawan. Pihak PBSNT telah pun mengotakan janji mereka untuk memberi habuan yang cukup menarik kepada semua pemain jika mampu membawa pasukan Terengganu ke pentas akhir pada 7 November nanti.
Tidak ada yang mustahil dalam bolasepak selain memberi persembahan yang menyakinkan dan tawakal kepada Allah SWT . Cita-cita murni pasukan Insya Allah pasti digapai.
Marilah kita doakan sama-sama semoga para pejuang pasukan Terengganu mampu mempamerkan aksi kemas seterusnya layak ke peringkat akhir nanti
|



