AZAB DI PAROI- KECUNDANG JUA PDF Print E-mail
Written by Jemchitte   
Wednesday, 28 October 2009 23:15

hariri

Paroi. 28hb Oktober 2009. Ketidakupayaan barisan Terengganu untuk menandingi kekuatan seimbang setiap bahagian sang rusa akhirnya mendedahkan hakikat sebenar kekurangan Penyu biarpun hanya bolos satu gol dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2009.

Sebagaimana dalam perlawanan suku akhir terdahulu, barisan pertahanan dan penjaga gol Terengganu didera berterusan sepanjang perlawanan dan mengakibatkan tidak banyak gerakan yang menarik dihasilkan kerana tumpuan lebih kepada mengagalkan rancangan serangan lawan yang bertali arus.

Keterdesakan itu lebih tampak jelas apabila barisan Terengganu terpaksa mematikan serangan lawan dengan taktik tendang lambung tinggi yang tiada arah tepat dan amat mudah dibaca serta dipatahkan lawan tanpa ada apa2 hasil. Lebih malang bilamana secepat bola dilambung ke kawasan lawan amak secepat itu pula lawan mengila menyerang dan menghantar balik ke kawasan penalti Terengganu. Kelonggaran dan kekurangan elemen defensif dibahagian tengah lebih memudahkan lagi Rezal dan kawan2 bermaharajalela. Kecederaan Saiful dan kemasukan Hassan Basri serta jua kekerasan permainan Hariri yang sudah diduga bakal menerima padah terjawab jua bila diperintah keluar padang selepas menambah koleksi kad kuningnya, tidak membawa apa2 manfaat buat kita.

Statistikal mendedahkan betapa parahnya keupayaan sebenar apabila percubaan tepat hanya boleh dihitung dengan jari umpamanya apabila sepakan percuma Ezrain singgah tepat ke dakapan lawan. Begitu juga dengan percubaan serong yang amat jarang disaksikan melainkan rembatan deras Ashaari pada separuh kedua yang agak tinggi. Selebihnya tiada ancaman buat penjaga gawang lawan yang lebih banyak memainkan peranan sebagai penumpang dimana Sharbinee pula tidak henti2 diduga dan diasak oleh Kunalan, Zakuan, Idris dan Hairuddin (terutamanya). Kelibta beberapa pemain yang memberikan komitmen lebih daripada 100% untuk menyusun gerak dan menutup segala ruang daripada dijajah lawan sepertimana aksi Marzuki, Manaf dan Ashaari belum dapat menampal bocor2 ditempat lain. Kemasukan Ismail pula agak terlambat dalam menyuntik idea kreatif dan mengapa tidak dikeluarkan sahaja pemain yang tidak dapat menyaingi kecergasan lawan tetapi Zairo pula yang direhatkan.

Apa yang pasti kita dipertontonkan lagi dan didedahkan dengan cara yang sama oleh lawan yang berbeza sedangkan matlamat untuk ke final bukan boleh dipaksikan kepada faktor nasib semata2 tanpa resepi dan kekuatan yang sepatutnya. Tugas untuk merobek dan menghapuskan defisit lawan bakal dicaturkan dalam ruang litup empat hari mendatang,