Separuh Akhir I Piala Malaysia PDF Print E-mail
Written by gg   
Tuesday, 27 October 2009 15:25
PIALA MALAYSIA
SEPARUH AKHIR 1
N.SEMBILAN VS TERENGGANU
Std. Tuanku Abdul Rahman Paroi
8.45 malam - 27 Oktober 2009.


PENYU MENCARI MANGSA

Pertembungan menarik bakal disaksikan malam ini apabila Terengganu akan menjadi pelawat kepada Negeri Sembilan dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia 2009.Turun selaku bukan pilihan malam ini, Terengganu berazam untuk menundukkan pasukan Negeri Sembilan yang dianggap pilihan setelah mencatatkan rekod tanpa kalah sebanyak 8 perlawanan setakat ini.

4 pertembungan terakhir antara kedua-dua pasukan nyata memihak kepada tuan rumah dengan mencatatkan 2 kemenangan manakala Terengganu mencatatkan 1 kemenangan sahaja.1 keputusan seri dicatatkan oleh kedua-dua pasukan.Terengganu dianggap sesetengah pihak sebagai bernasib baik mara ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan naib juara musim lalu Selangor menerusi tendangan penalti.Namun dalam bolasepak sebarang kemungkinan boleh berlaku.Dan itulah yang terjadi kepada gergasi merah yang sebelumnya cukup gah sebagai kuasa bolasepak tanahair.

Walaupun turun sebagai pasukan kerdil berbanding Negeri Sembilan, nyata barisan pilihan Ken Worden tidak mahu mengaku kalah.Tanpa rehat yang secukupnya setelah perebutan tempat ke separuh akhir sehingga penentuan sepakan penalti, kesemua pemain Terengganu terus turun menjalani latihan sehari selepas membenamkan cabaran Selangor.

Malam ini sekali lagi Marzuki Yusuf akan mengetuai rakan-rakan bagi menentang pasukan penuh pengalaman didikan Wan Jamak Hassan.Pastinya benteng kebal Terengganu sekali lagi akan bermati-matian untuk menyekat kemaraan pemain-pemain Negeri Sembilan daripada bermaharajalela.Tangan hikmat Sharbini Allawee sekali lagi ditagih untuk menggagalkan usaha Zaquan dan rakan-rakan menembusi gawang Terengganu.Marzuki dan Shahrizam pastinya diapit oleh dua pemain yang kental bertahan.Hariri Shafii yang mudah dan bertenaga di sebelah kiri dan Saiful Rusly yg penuh pengalaman di sebelah kanan.Jeneral menggerakkan pasukan pastinya terarah kepada Zairo Anuar dan juga Tg Hazman.Manakala apitan dikiri dan kanan pastinya oleh dua anak muda yang laju dan tangkas.Manakala dua penggempur bakal digalas oleh dua anak muda yang semakin menunjukkan peningkatan.Mungkinkah ada kejutan yang dilakukan oleh Ken Worden malam ini?

Slot ke akhir masih terbuka kepada kedua-dua pasukan.Pasukan yang bijak memanfaatkan peluang dan ruang yang ada pasti akan muncul selaku pemenang.Namun begitu, peraturan gol di tempat lawan juga boleh membantu pasukan Terengganu untuk sekadar mencatatkan keputusan seri dengan jaringan gol bagi membawa bekalan selesa pulang ke bumi Darul Iman.

Kepada para penyokong, berilah sokongan padu dan jitu untuk pasukan Terengganu malam ini.