| TM Piala Malaysia - Keputusan Perlawanan Ke-6 |
|
|
|
| Written by mp |
| Tuesday, 20 October 2009 11:38 |
|
Misi Tidak Kesampaian Tetapi Tetap Ke Suku Akhir
13 Oktober , Impian awal Sang Penyu untuk membalas dendam keatas skuad Wan Jamak dalam perlawanan terakhir kumpulan C tidak kesampaian apabila mudah ditundukkan oleh pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-0. Walaupun tewas , Terengganu masih layak ke peringkat suku akhir yang akan berlangsung pada 20 Oktober ini. Terengganu dijangka berdepan pasukan Selangor ditempat lawan .
Mengulas mengenai perlawanan menentang N..Sembilan . Sang Penyu pada mulanya ingin memburu kemenangan telah menukarkan strategi pasukan dengan menurunkan lima pemain simpanan ke dalam kesebelasan utama dan merehatkan bintang utama Terengganu dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti persembahan anak buah Ken Worden dan terbukti mereka tunduk mudah kepada lawan hasil jaringan Hairuddin Omar dan Idris Karim di separuh masa kedua untuk membolehkan N.Sembilan mengekalkan rekod 100 peratus tanpa mencatatkan kekalahan dalam saingan kumpulan C .
Pihak GSN telah menemubual pihak pengurusan PBSNT sebaik tamat perlawanan dan mereka tidak terkilan dengan kekalahan tersebut malah bangga kerana memberi peluang kepada pemain-pemain muda yang banyak memanaskan diri di bangku simpanan untuk mempamerkan aksi mereka dalam skuad utama namun agak malang , para pemain gagal memanfaatkan sebaiknya setelah memperolehi peluang keemasan untuk memikat pihak pengurusan.
|


