TM Piala Malaysia PDF Print E-mail
Written by terraadvertising   
Monday, 12 October 2009 15:27
TM PIALA MALAYSIA

N.SEMBILAN vs TERENGGANU

Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

13 Oktober 2009 8.45 malam


MISI LANGSAIKAN HUTANG...

Setelah menjinakkan Johor Sabtu lepas dengan jaringan 4-2, Terengganu akan terbang ke Paroi pagi esok dengan membawa misi yang belum selesai, melangsaikan hutang kekalahan kepada Negeri Sembilan di gelanggang sendiri awal Oktober lalu.Esok, Terengganu akan turun sekali lagi berhadapan dengan barisan berpengalaman Wan Jamak Hassan bagi mencari kedudukan di takhta kumpulan B Piala Malaysia musim ini.Berbekalkan semangat menundukkan Johor di Larkin, anak-anak buah didikan Ken Worden pastinya ingin menjadikan Negeri Sembilan mangsa seterusnya.11 jaringan dengan 2 bolos dalam dua perlawanan terakhir membuktikan jentera serangan Terengganu cukup bernafsu dan kali ini Farizal Harun akan menjadi mangsanya.Ashaari Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat bergilir melakarkan hatrik dalam perlawanan menentang Johor dan Sarawak, sememangnya semakin cekap menghidu peluang.Ditambah pula dengan kelajuan Khairul Izwan yang menjadikan benteng lawan menjadi porak-peranda.
Terengganu turun dengan dua misi yang berbeza iaitu membalas dendam atas kekalahan di tempat sendiri dan mengintai kedudukan teratas kumpulan B. Marzuki Yusuf sekali lagi akan mengetuai cabaran rakan-rakannya di Stadium Abdul Rahman Paroi malam esok dengan jentera tengah pastinya menjadi tugas bersama Zairo Anuar dan Tengku Hazman.Keduanya ditugaskan mengekang jentera tengah berpengalaman Negeri Sembilan yang sudah pastinya kudrat Idris Karim dan Rezal Zambri ditagih.Dipihak N.Sembilan, kelincahan Zaquan Adha sekali lagi ditagih setelah berjaya memperdayakan pengadil di Kuala Terengganu dengan hadiah sepakan penalti dan kali ini Zaquan pastinya akan dikekang hebat oleh benteng Terengganu.Tidak ada lagi ruang dan peluang untuk Zaquan dan rakan-rakan menjengah kotak penalti Terengganu.Barisan pemain Terengganu juga sudah bersedia untuk apa jua keadaan serangan daripada barisan negeri Sembilan.Mereka akan berjuang untuk memungut tiga mata dan sekaligus menduduki puncak kumpulan B.Tugas berat menanti Terengganu memandangkan Negeri Sembilan akan bermain di gelanggang keramat mereka.Kelebihan semestinya milik mereka tetapi Terengganu turun tanpa gentar kerana sejarah pernah membuktikan Terengganu mampu menumbangkan Sang Rusa di laman sendiri.Namun 90 minit perjuangan malam esok menjadi intipati kejayaan pasukan baik Negeri Sembilan mahupun Terengganu.