TM PIALA MALAYSIA PDF Print E-mail
Written by GG   
Tuesday, 06 October 2009 12:11
TERENGGANU lwn SARAWAK

6 OKTOBER 2009

STD. SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

 

AMUKAN SANG PENYU????

Terengganu turun ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini dengan satu azam, memunggut 3 mata penuh setelah kehilangan mata kepada Negeri Sembilan Sabtu lalu di gelanggang yang sama.

Terengganu yang kini menduduki tangga kedua kumpulan B ketinggalan 3 mata kepada pendahulu kumpulan tidak boleh mencicirkan sebarang mata sekiranya berhajat untuk melangkah ke peringkat suku akhir.Sarawak yang turun selaku pasukan bukan pilihan boleh memusnahkan impian Terengganu andainya barisan yang diturunkan oleh Ken Worden malam ini mensia-siakan deretan peluang yang ada.Para pemain pilihan Ken Worden seharusnya menampilkan aksi yang bertenaga dan bersemangat bagi menggapai 3 mata berharga.

Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusuf sekali lagi diberi amanah dan tanggungjawab yang cukup berat bagi mengekang barisan muda Sarawak.Walaupun mereka masih muda namun semangat yang ditonjolkan ketika tunduk kepada Terengganu di Kuching tidak boleh dipandang ringan.Manakala barisan tengah Terengganu yang pastinya diterajui oleh pemain penuh pengalaman, Tengku Hazman Raja Hassan ditagih untuk mempamirkan aksi yang memikat serta hantaran-hantaran tepat bagi disudahkan oleh barisan depan Terengganu.Gandingan Khairul Izwan dan Abdul Manaf sekali lagi disandarkan harapan untuk memburu gol selepas gagal membolosi gawang N.Sembilan Sabtu lalu.Abdul Manaf yang masih lagi mengalami sedikit kecederaan namun semangat untuk membantu pasukan yang cukup membara membuatkannya melupakan seketika kesakitan yang dialaminya."Saya nak sangat bertemu Sarawak malam ini walaupun masih terasa sedikit sakit akibat terjahan pemain N.Sembilan baru-baru ini.Saya akan menebus kegagalan menjaringkan gol dlm perlawanan-perlawanan lalu, dalam perlawanan malam ini.InsyaAllah".

Pemain-pemain Terengganu diingatkan agar menyajikan  persembahan terbaik sekaligus tidak membiarkan Sarawak bermaharajalela.3 mata penuh seharusnya menjadi milik Terengganu malam ini.