TM Piala Malaysia PDF Print E-mail
Written by GG   
Sunday, 27 September 2009 08:30

SANG PENYU MENGORAK LANGKAH

Kuching - Perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia petang semalam menyaksikan skuad Terengganu memungut mata penuh setelah menjinakkan Sarawak di Stadium Kuching.Bermain pada sebelah petang semalam, tidak menghalang anak-anak buah Ken Worden meyajikan aksi yang bersemangat untuk mencari kemenangan bagi mencerahkan laluan menjulang Piala Malaysia musim ini.

Khairul Izwan Khalid, yang dipinjamkan daripada Felda United menjadi wira Sang Penyu apabila menjaringkan gol tunggal pasukan pada minit ke 64 perlawanan.Khairul yang menjadi pemain tunggal yang dipinjamkan, mengotakan janjinya untuk memberikan gol untuk pasukan Terengganu.

Namun begitu, dalam kemenangan semalam, Terengganu terpaksa melupakan aksi Hariri Md Safii apabila beliau diusung keluar akibat kecederaan hamstring.Manakala penyerang muda Terengganu, Saufi Hamid diperintahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan.Walaupun beraksi dengan sepuluh pemain, Terengganu berjaya mempertahankan satu gol yang dijaringkan itu sehingga wisel penamat.

Penjaring gol kemenangan Terengganu yang dihubungi selepas perlawanan memberikan perhargaannya kepada penyokong-penyokong Terengganu yang mendoakan kejayaannya dan juga pasukan di Kuching."Kemenangan ini adalah berkat doa semua penyokong-penyokong Terengganu".

Pasukan Terengganu akan menjadi tuan rumah kepada Johor Selasa ini, perlu mencari kemenangan seterusnya bagi mencari kedudukan selesa dalam usaha membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Darul Iman musim ini.Dengan kemenangan semalam, membuktikan Terengganu akan terus mengorak langkah mencari 3 lagi mata berharga.