Piala Malaysia 2009 PDF Print E-mail
Written by GG   
Tuesday, 01 September 2009 12:24

 

khairul

Khairul Izwan Khalid, menjadi satu-satunya pemain pilihan skuad Penyu bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.Khairul Izwan yang bermain di posisi serangan merupakan tonggak utama pasukan Felda United dalam saingan Liga Perdana musim ini.Pemain yang berasal dari Kuala Lumpur ini menjaringkan 10 gol untuk musim 2008 bagi membantu Felda United menduduki pertengahan liga dalam carta Liga Perdana.Beliau yang disapa Ustaz oleh rakan sepasukan di Felda United adalah seorang pemain yang mempunyai kelajuan serta kemahiran yang baik.Musim ini menyaksikan beliau menjadi pilihan utama pengendali pasukan Felda United untuk menerajui barisan serangan pasukan yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu.

Khairul Izwan telah pun turun menjalani latihan bersama-sama dengan pasukan Terengganu.Beliau kini menjadi sandaran pasukan Terengganu bagi mengisi tempat Azlan Ismail yang disahkan tidak dapat beraksi sebanyak 3 perlawanan akibat digantung dan didenda oleh FAM gara-gara melawan pengadil ketika perlawanan terakhir liga super menentang Negeri Sembilan di Paroi awal Ogos lalu.Khairul Izwan dijangka akan berpasangan dengan pelatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Abdul Manaf Mamat bagi menggempur benteng lawan sekaligus menjadi peledak berbisa Terengganu.

Beliau yang dihubungi, menyatakan keazaman beliau untuk membantu Terengganu dalam merebut kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.Beliau juga berazam akan memberikan yang terbaik untuk pasukan Terengganu dan mengucapkan terima kasih diatas sokongan semua terutamanya warga Ganusoccer.net dalam merealisasikan Terengganu sebagai Juara Piala Malaysia 2009.

Para penyokong Terengganu khususnya warga Ganusoccer.net mengucapkan Selamat Berjaya kepada Khairul Izwan Khalid bersama-sama dengan Terengganu.Semoga "Ustaz" dapat memberikan sumbangan yang bermakna untuk pasukan Terengganu dalam Piala Malaysia tahun ini.