| Undian Piala Malaysia 2009 |
|
|
|
| Written by MP |
| Saturday, 15 August 2009 14:28 |
|
Terengganu Mengetuai Kumpulan B Kelana Jaya, 15 Ogos 2009 - Selepas upacara pengundian Piala Malaysia 2009 dijalankan, Terengganu telah diundi untuk bermain di dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pesaing Liga Super Negeri Sembilan serta dua pasukan dari Liga Premier Johor dan Sarawak. Dengan hanya juara kumpulan yang sudah pasti dengan tempat di peringkat suku akhir, saingan pasti sengit di antara ke empat-empat pasukan walaupun berdasarkan kepada kedudukan dalam Liga Malaysia, Terengganu bersama dengan Negeri Sembilan dilihat sebagai pasukan pasukan pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya. Cabaran pasukan selatan tanahair Johor tidak boleh dipandang rendah kerana berdasarkan tradisi, Si Penyu tidak begitu gembira untuk bertandang ke Johor Bahru. Begitu juga dengan cabaran pasukan Sarawak yang mampu melakukan kejutan sekiranya pasukan Terengganu mengambil sikap sambil lewa di sebabkan kedudukan Bujang Senang itu agak ke bawah dalam Liga Premier. Terengganu yang sudah memulakan latihan pasti akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi juara kumpulan untuk mengelakkan dari terpaksa menempuhi loteri tiga tempat kedua terbaik di antara lima buah kumpulan. Aksi Piala Malaysia 2009 akan bermula selepas sambutan Hari Raya Aidil-Fitri.Keputusan Penuh undian Kumpulan Piala Malaysia Kump A - Perlis, Kuala Lumpur PLUS FC, Pahang dan Melaka Kump B - Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak Kump C - Johor FC, Perak, Perak UPB-MyTeam dan Kuala Lumpur Kump D - Selangor, PDRM, Kedah Kuala Muda NAZA dan Sabah Kump E - Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan ATM
|


