| MISI MENCARI KEMENANGAN SETERUSNYA |
|
|
|
| Written by gsn press |
| Thursday, 15 July 2010 14:28 |
|
Terengganu dan TTeam akan turun bertarung Sabtu ini dalam misi mencari kemenangan seterusnya dalam persaingan Liga Super.Terengganu akan kembali ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi melayan Johor manakala TTeam akan terbang ke Pasir Gudang untuk membuat perhitungan dengan Johor FC. Pertemuan Johor FC-TTeam dijangka menarik kerana mereka hanya dipisahkan dengan 3 mata dengan Johor FC berada setangga diatas TTeam dengan 36 mata manakala TTeam memunggut 33 mata.Kejayaan Terengganu membenam Pahang dengan 5-0 di gelanggang lawan menjadi pemangkin semangat untuk memperagakan aksi terbaik bagi membenamkan Johor pula. Ashaari Shamsuddin yang kini mendahului senarai penjaring terbanyak liga super pastinya akan menggalas tugas selaku peledak utama Terengganu disamping Abdul Manaf Mamat yang menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan terakhir.Hj Irfan Bakti juga pasti lega setelah sayap kanannya kini juga menemui sentuhan jaringan dengan 3 gol dalam dua perlawanan.Harapan dan sandaran juga terarah kepada Joseph Kallang Tie dan Tengku Hasbullah untuk sekali lagi menjana gerakan terbaik dan umpanan kemas untuk disudahkan oleh 4 serangkai Ashaari,Manaf,Firdaus dan Rajan.Keampuhan benteng yang tidak melepaskan sebarang gol dalam 2 perlawanan lalu sekali lagi dipertaruhkan untuk memberikan aksi yang terbaik.Walaupun Johor berada pada kelompok bawahan liga,namun ianya bukan tugas mudah untuk anak2 buah Irfan Bakti mencatatkan kemenangan dengan mudah.Ibarat harimau luka, Johor pastinya akan berusaha untuk mencari kemenangan. Haris Safwan Kamal yang menjadi pemusnah berbisa ketika membenamkan Pulau Pinang sekali lagi disandarkan harapan untuk memburu gol.Rekod baik TTeam digelanggang lawan dalam dua perlawanan terakhir sekali lagi ditagih agar berjaya membawa pulang 3 mata berharga.Gerakan serta penguasaan bahagian tengah oleh gandingan Norhisham Hassan dan Harizul Izuan sekali lagi dipertaruhkan oleh Cheku Marzuki untuk membawa TTeam pulang dengan ceria.Manakala benteng ampuh milik Norfazly,Hasbullah,Rosdi dan Shazlan sekali lagi diberi tanggungjawab besar untuk mengekang asakan Eddy Helmi dan rakan-rakan.Dibocori dua gol dalam dua perlawanan terakhir bukanlah satu ukuran untuk Syamsuri meneruskan aksi mantap. Baik Terengganu mahupun TTeam, kedua-dua mempunyai misi yang sama.Membenam lawan masing-masing.Terengganu pastinya mengidamkan untuk mencatatkan kemenangan yang selesa mengatasi Johor manakala TTeam juga pastinya ingin pulang tanpa keciciran sebarang mata.
|
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
- BudokGanu
- lori


