Manaf Mamat Kembali PDF Print E-mail
Written by gsn press   
Sunday, 04 July 2010 08:28

Penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat akan kembali mewarnai kesebelasan utama Terengganu dalam perlawanan Liga Super Selasa ini.Abdul Manaf yang digantung 10  perlawanan diberitakan telah selesai menjalani hukuman tersebut dan beliau sudah pasti akan diturunkan oleh Hj Irfan Bakti.Selama ketiadaan Manaf Mamat, tugas selaku penyerang Terengganu digalas oleh Wan Aliff yang berpasangan dengan Firdaus Fauzi.Namun ketiadaan Manaf Mamat sememangnya dirasai oleh jentera serangan Terengganu yang agak buntu dalam menghasilkan jaringan.

Kembalinya Manaf Mamat ke dalam kesebelasan utama Selasa ini cukup melegakan pengendali Terengganu itu.Penyerang yang membutirkan pingat emas Sukan Sea utk Malaysia tahun lalu itu sudah pasti disandarkan harapan untuk memburu jaringan sekaligus membantu Terengganu memungut mata penuh. Manaf Mamat yang serasi berpasangan dengan Firdaus Fauzi dijatuhkan hukuman penggantungan 10 perlawanan setelah dikenakan tindakan disiplin akibat melawan pengadil ketika pertemuan separuh akhir Piala FA bertemu dengan Kedah.

Bagi Manaf Mamat, kesalahan yang dikenakan itu cukup berat bagi dirinya namun beliau akur dengan keputusan tersebut sambil mengambilnya sebagai sesuatu yang positif untuk dirinya dan sebagai pedoman dimasa akan datang agar tidak diulangi lagi kesalahan sedemikian.Selepas menjalani pergantungan itu, Manaf Mamat berazam untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan  dan membantu pasukan mencapai kemenangan demi kemenangan.

Liga Super 2010 akan bersambung kembali 6 Julai ini setelah memberi laluan kepada SUKMA dan Piala Dunia dengan Terengganu akan bertemu Johor FC di gelanggang sendiri.Terengganu telah mengadakan 3 perlawanan persahabatan iaitu menentang TTeam dan juga kelab dari Kedah, Malinjau FC.Dua kemenangan dicatatkan dan 1 kekalahan ketika pertemuan persahabatan itu.

Apa yang pasti, penyokong-penyokong Terengganu akan dapat menyaksikan kelibat dua penyerang lincah Terengganu kembali bergandingan bagi membantu Terengganu mencapai kemenangan.