Keputusan Perlawanan Persahabatan -Terengganu vs Malinja FC PDF Print E-mail
Written by mp   
Thursday, 01 July 2010 13:12

pidot

Keputusan Penuh : Terengganu ( 7 )  vs Malinja FC ( 1 )

Barisan Pemain Terengganu : Sarbini , Hassan Basri ,Shahrizam, Marzuki , Hariri, Ashaari, Joseph Kallang Tie , Zarin , K.Rajan , Abd Manaf dan Mohd Firdaus

Laporan Perlawanan :

Sebelum sepak mula pasukan Terengganu tidak menurunkan beberapa pemain utama kerana faktor kecederaan namun dengan barisan pemain yang diturunkan mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik. Terengganu memulakan sepak mula dengan terus melakukan asakan dari sebelah kanan pertahanan lawan dan berjaya melolos masuk ke kawasan penalti lawan namun percubaan awal dari firdaus tidak menemui sasaran. Joseph kallang dan zarin yang ditugaskan mengemudi bahagian tengah berjaya mengawal perlawanan dengan baik danpada minit ke-12 hasil lorongan cantik Joseph kallang kepada k.rajan yang bermain di sayap kanan telah membuat hantaran silang kepada Abd manaf dan dikawal kemas oleh beliau lalu melakukan kawalan untuk melepasi seorang pertahanan lawan dan terus melakukan percubaan kearah penjuru kanan gol lawan tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol malinja fc untuk membolehkan Terengganu berada dihadapan untuk seketika waktu.

Gol tersebut telah memberi semangat kepada pemain Terengganu untuk memburu jaringan seterusnya . Hasil serangan yang bertubi-tubi kearah kubu lawan dimana pertahanan lawan terpaksa berkampung di laman sendiri untuk mengelakkan tuan rumah memperolehi gol seterusnya namun terpaksa akur dek kealpaan pertahanan mereka dimana hasil lorongan oleh k.rajan ketengah kawasan diluar kotak penalti lawan telah disambut baik oleh abd manaf pada minit ke-23 dan tanpa melengahkan masa beliau terus merembat kencang ke penjuru kiri gawang gol lawan tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol lawan untuk meletakkan Terengganu berada 2-0 dihadapan.

Dalam keadaan permainan berat sebelah dimana dikawal sepenuhnya oleh pasukan tuan rumah , pasukan Malinja FC berjaya juga menperolehi satu gol melalui satu set piece yang menarik yang dilakukan oleh mereka dan menyebabkan berlaku situasi kelam kabut dalam kotak penalti Terengganu dan akhinya seorang pemain tengah mereka berjaya melakukan sepakan tanpa mampu diselamatkan oleh sarbini dan hanya mampu melihat bola menerjah jaring gawang gol beliau untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke 35.

Sebelum tamat separuh masa pertama ,Terengganu berjaya mencipta gol ke-3 apabila Abd manaf dikasari oleh pertahanan lawan di dalam kotak penalti dan pengadil terus menghadiahkan sepakan penalti untuk Terengganu. Sepakan penalti telah diambil oleh penjaga gol Terengganu , Sarbini dan disudahkan dengan baik untuk meletakkan tuan rumah selesa 3-1 dihadapan.

Malinja FC melakukan sepak mula diseparuh masa kedua dengan misi untuk mengemaskan jentera pertahanan untuk mengelakkan gawang mereka terus dibocori tuan rumah . Namun Terengganu tanpa belas kesian terus menambah bilangan gol apabila Ashaari menerima hantaran dari joseph kallang dengan berjaya menyusup masuk  ke kawasan penalti setelah melepasi dua pertahanan lawan seterusnya melakukan sepakan leret ke sebelah pintu gol lawan untuk jaringan ke-4 Terengganu pada minit ke 49. Terengganu berjaya mempamerkan aksi kemas dengan kawalan bola yang baik pada separuh masa pertama tadi dan meneruskan rentak yang sama pada separuh masa kedua. Ashaari berjaya menambahkan bilangan gol peribadi yang ke-2 apabila membantu pasukan memperolehi gol ke-5 pada minit ke 55 melalui satu percubaan dari jarak 29 meter diluar kawasan kotak penalti lawan yang terus menjunam ke dalam pintu gol lawan tanpa dapat ditepis keluar oleh penjaga gol Malinja FC pada minit ke -71.

Wan Aliff menambah derita lawan apabila masuk menggantikan Mohd firdaus untuk mencatatkan nama sebagai penjaring pada malam tadi apabila berjaya melakukan tandukan hasil sepakan sudut yang diambil oleh josehp kallang dimana beliau melakukan free header untuk bola terus menerjah jaring manakala penjaga gol lawan hanya kaku diposisi  beliau untuk Terengganu berpesta gol pada minit ke 82. Hariri menutup perlawanan dengan pesta gol yang ke -7 tuna rumah apabila semua pemain pertahanan naik keatas pada hujung perlawanan dan berjaya melakukan hasil situasi kelam kabut dalam kotak penalti dan berjaya menolak mudah bola ke pintu gol lawan untuk menyaksikan tuan rumah menamatkan perlawanan dengan jaringan yang besar iaitu 7-1.

Kejayaan ini tidak boleh dijadikan ukuran oleh pemain kerana pasukan lawan hanya pasukan yang berstatus amatur , Terengganu perlu membaiki lagi beberapa aspek yang dilihat masih perlu dibetulkan secepat mungkin untuk menghadapi pasukan yang sekufu mereka iaitu Johor FC pada 6hb Julai ini. Jika berjaya menghasilkan satu keputusan yang positif pada perlawanan ini maka kita boleh rumuskan kesan perlawanan pemanas badan telah sedikit sebanyak telah membantu pemain menghasilkan kualiti pada permainan asal mereka yang lalu.

Sekian Terima Kasih

Ganusoccer.net