Perlawanan Persahabatan - Terengganu vs Malinja Fc PDF Print E-mail
Written by MP   
Wednesday, 30 June 2010 14:08

malinja_fc

TERENGGANU VS MALINJA FC

8.45 MALAM , 30 JUN 2010

STDM SULTAN ISMAIL NASARUDDIN SHAH

Masuk Percuma!

30hb Jun , Malam ini akan berlangsung satu lagi perlawanan pemanas badan untuk pasukan liga super Terengganu setelah sekian lama berehat dan akan menyambung kembali kempen liga malaysia pada 6hb Julai ini apabila berdepan pasukan dari selatan tanah air , Johor FC. Terengganu telah menggadakan dua perlawanan persahabatan dengan  pasukan T-Team dimana telah dilangsungkan pada minggu lalu . Dalam pertemuan pertama Terengganu tewas 1-3 kepada T-Team manakala dalam perlawanan ke-2 , Terengganu berjaya mengalah T-Team dengan jaringan 2-1.

Malam ini adalah perlawanan persahabatan ke-3 mereka. Malinja FC ialah pasukan berstatus kelab amatur dari negeri Kedah Darul Aman . Sebuah kelab bolasepak yang cukup aktif di negeri kedah. Sebelum ini mereka telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan melibatkan pasukan liga super termasuk negeri Perak.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan perlawanan yang akan dilangsungkan pada malam ini.

Selamat Menonton

Pihak Ganusoccer.net