| Prebiu - Liga Super 2010 Terengganu lwn TTeam |
|
|
|
| Written by gsn press |
| Tuesday, 25 May 2010 08:04 |
|
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan menjadi saksi perhitungan dua pasukan setempat antara Terengganu dan TTeam malam ini.Pertembungan menarik dua pasukan ini akan berterusan malam ini setelah pertemuan pusingan pertama Liga Super berkesudahan dengan keputusan seri.
Terengganu yang turun selaku tuan rumah ingin memastikan 3 mata berharga milik mereka untuk mengejar Kelantan yang menduduki tempat kedua liga ketika ini.Manakala TTeam yang hanya mampu seri ketika melayani kunjungan Pahang Sabtu lalu juga ingin menggapai impian yang sama.Beraksi divenue dan penyokong yang sama, Terengganu dan TTeam dilihat tidak memiliki sebarang kelebihan malah mereka mempunyai peluang yang seimbang untuk memenangi perlawanan. Namun apa yang menarik, TTeam membawa masuk 3 pemain muda yang sebelum ini pernah bersama dengan skuad Terengganu.Syam Shahril Ghulam, Badrulhisham Morris dan Rosli Muda, tiga nama yang tidak asing lagi dikalangan penyokong-penyokong Terengganu.Mereka mampu beraksi cemerlang bersama TTeam untuk meranapkan impian bekas pasukan mereka.Apatah lagi jentera peledak yang diketuai oleh Haris Safwan semakin menemui sasaran.Begitu juga dengan barisan pertahanan yang semakin kukuh bertahan dan jumlah bolos yang sedikit membuktikan kekebalan Syamsuri Mustaffa di gawang. Dipihak Terengganu pula, permulaan pusingan kedua yang sedikit hambar menggusarkan Tn. Hj Irfan Bakti.Seri dengan Kedah dilaman sendiri dan tewas kepada Kelantan menyaksikan beberapa perubahan dilakukan oleh Terengganu.Kemenangan keatas dua pasukan kelompok bawahan iaitu Perak dan Pulau Pinang tidak boleh dijadikan sandaran.Namun ianya boleh membangkitkan semangat para pemain untuk meneruskan aksi sedemikian bagi memungut 3 lagi mata berharga malam ini.Bolos yang banyak memaksa Irfan Bakti merehatkan penjaga gol utama Sharbini Allawee dalam dua perlawanan terakhir.Manakala benteng pertahanan yang nampak sedikit rapuh kembali mantap dengan kehadiran semula Hariri Mohd Safii yang digantung dua perlawanan sebelum ini.Walaupun begitu, Terengganu ketandusan peledak setelah Manaf Mamat mula menjalani penggantungan 10 perlawanan atas kesalahan di Darul Aman ketika separuh akhir kedua Piala FA.Namun kembalinya "Spidotman", wira Terengganu ketika melenyapkan impian TTeam ketika suku akhir Piala FA, pasti sedikit melegakan Irfan Bakti.Siapakah yang akan bergandingan dengan Firdaus Faudzi?Adakah Ahmad Nordin Alias yang menyumbangkan satu gol ketika membenamkan Pulau Pinang ataupun Wan Aliff Jasmin wira SUKMA 2008? Apa yang pasti, pertembungan malam ini pastinya sengit.Kedua-dua barisan sememangnya tidak mahu mengalah.Mereka semestinya berhabis-habsisan bagi mencari kedudukan selesa dalam liga.Walaupun diibaratkan pertembungan "saudara" namun keazaman dan semangat untuk memastikan kemenangan dilupakan seketika.Persaudaraan diluar tidak membataskan aksi diatas padang.Namun semangat kesukanan yang tinggi perlu ditunjukkan oleh kedua-dua barisan baik dipihak Cheku Marzuki mahupun dipihak Hj Irfan Bakti. |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 111 guests online


