| Sharbini gah,Farizal terkulai... |
|
|
|
| Written by geng_ganu |
| Sunday, 25 April 2010 08:10 |
|
Nasib berbeza dialami oleh dua pasukan dari Terengganu dalam saingan Liga Super 2010 malam tadi.Terengganu yang turun selaku tuan rumah membelasah Perlis dengan 4 gol tanpa balas.Manakala TTeam yang bertandang ke Stadium Shah Alam tewas dengan 3-0.Kemenangan besar Terengganu itu mengekalkan kedudukan di tempat kedua dibelakang Selangor. Nasib berbeza juga dialami oleh dua penjaga gol kebangsaan yang sering bersaing untuk merebut selaku penjaga gawang utama negara.Sarbini Allawee di pihak Terengganu dan Farizal Marlias dipihak Perlis.Sarbini gah tanpa bolos namun Farizal terpaksa tunduk 4 kali bagi mengutip bola dalam gawang kawalannya. Terengganu yang turun dengan penuh semangat setelah memungut kemenangan besar keatas Johor di Johor Bharu, membuka tirai jaringan menerusi penyudahan Abdul Manaf Mamat di minit ke 16. Zairo Anuar Zalani yang membuat hantaran jauh kepada K.Rajan yang mebuat larian laju memasuki kotak penalti menyilang leret ke tengah kotak untuk disudahkan oleh Abdul Manaf yang tenang merembat masuk menewaskan penjaga gol Perlis Farizal Marlias. Jaringan tersebut membangkitkan semangat pemain-pemain Terengganu untuk menambah jaringan.Peluang demi peluang diperolehi oleh rangkaian pemain-pemain Terengganu, namun penyudahan agak tumpul ataupun diselamatkan oleh penjaga gol Perlis.Pasukan pelawat juga membuat asakan untuk mencari gol penyamaan namun benteng pertahanan Terengganu bijak mengawal keadaan. Asakan bertali arus Terengganu akhirnya membuahkan hasil apabila Joseph Kallang Tie yang menyambut hantaran jarak jauh Mazuki Yusuf berjaya melepasi perangkap ofsaid dan dengan tenang melepaskan rembatan leret menewaskan Farizal Marlias untuk gol kedua Terengganu. Perlis yang mendapat tendangan percuma di luar kotak penalti cuba mencari gol namun tendangan yang diambil oleh Amar Rohidan itu tidak menepati sasaran.Sebaliknya Terengganu menambah satu lagi jaringan menerusi Ashaari Shamsudin yang bertukaran hantaran cantik satu dua antaranya dan Abdul Manaf Mamat.Hantaran "back heel" oleh Manaf berjaya mengelirukan pemain Perlis. Ashari berjaya mengawal bola dengan baik dan melepaskan rembatan leret menewaskan Farizal Marlias buat kali ketiga di minit ke 37. Separuh masa kedua menyaksikan Terengganu yang membuat sepakmula mengasak awal ke kubu Perlis bagi menambah jaringan.Asakan hebat pemain-pemain Terengganu akhirnya menemui sasaran keempat.Gerakan cantik oleh Joseph Kallang Tie berjaya dibaca dengan baik oleh Abdul Manaf yang "set" untuk Zairo. Rembatan Zairo kencang ditepis Farizal namun bola muntah itu berjaya disambar oleh Abdul Manaf untuk Farizal mengutip bola di gawangnya buat kali keempat. Menyedari peluang agak tipis, namun Perlis masih berusaha untuk mencari gol saguhati.Pemain-pemain Terengganu masih dahagakan jaringan dengan bergerak dari pelbagai sudut namun benteng pertahanan Perlis berkerja keras menahan asakan-asakan dari pemain-pemain Terengganu.Perlis memperolehi peluang terbaik diminit akhir perlawanan apabila tandukan Fakri Shaarani hampir-hampir membolosi gawang Terengganu.Namun Sarbini Allawee bijak menerbangkan badannya untuk menepis keluar.Pengadil menamatkan perlawanan setelah 3 minit tambahan masa diberikan memberikan kemenangan bergaya untuk Terengganu sekaligus mengekalkan kedudukan kedua liga untuk menghambat Selangor di persada liga. TTeam yang diharapkan untuk memusnahkan rekod baik Selangor di Shah Alam, tidak mampu untuk mencari mata untuk dibawa pulang ke bumi Darul Iman.TTeam yang menang keatas Johor FC dalam perlawanan pertengahan minggu buntu untuk mencari gol sebaliknya Selangor berjaya menjaringkan 3 gol menewaskan bekas penjaga gol kebangsaan Syamsuri Mustafa.Walaupun begitu, masih banyak baki perlawanan yang perlu dilalui oleh TTeam untuk menempatkan pasukan dikelompok teratas liga.
|
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
- lori


