| Liga Super 2010: PENYU RAPATKAN JURANG,TTEAM TERKULAI LAYU |
|
|
|
| Written by gsn press |
| Monday, 15 March 2010 07:56 |
|
Nasib berbeza menimpa dua pasukan setempat iaitu Terengganu dan TTeam.Dikala Terengganu mengorak langkah merapatkan jurang dengan pendahulu liga Selangor, TTeam pula semakin terkulai layu.Kali ini menjadi mangsa barisan muda Perak di Stadium Ipoh. Kemenangan 2-0 Terengganu hasil jaringan Zairo Anuar Zalani dan Marzuki Yusuf sudah cukup untuk Terengganu mengurangkan beza mata kepada 3.Selangor yang lebih satu perlawanan memungut 23 mata untuk kekal di tangga teratas sementara Terengganu berada di tangga kedua dengan 20 mata. TTeam yang masih segar atas kemenangan di suku akhir 1 Piala FA, gagal mengulangi kehebatan itu apabila dimalukan oleh Perak dengan 3-0.TTeam yang bertandang ke Stadium Ipoh berbekal semangat pernah menundukkan lawan yang sama di gelanggang yang sama di pusingan kedua Piala FA,akhirnya tertunduk layu kepada lawan yang nampak lebih bersedia.Kekalahan TTeam itu menyebabkan mereka semakin terperosok di tangga-tangga terbawah liga.TTeam mengutip 9 mata dan berada ditangga ke 11 liga.TTeam yang dilabelkan sebagai pesaing sebelum sepakmula Liga Super musim ini, masih mencari-cari keserasian antara pemain walaupun liga sudah melalui 9 perlawanan. Ketika TTeam dirundung malang, pasukan Terengganu ceria di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.Zairo Anuar Zalani menyudahkan penalti di minit akhir babak pertama setelah Joseph Kallang yang membawa bola secara solo diterpa dan dikasari oleh penjaga gol Pahang.Pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah seterusnya mengarahkan tendangan penalti diambil.Zairo dengan tenang menendang ke sebelah kanan penjaga gol gantian Pahang untuk gol pembukaan Terengganu.Terengganu menggandakan asakan demi asakan untuk menambahkan jaringan.Abdul Manaf Mamat yang membawa bola secara solo cuba untuk memasuki kotak penalti namun beliau telah dikasari dan pengadil sekali lagi menghadiahkan penalti untuk Terengganu.Sepakan penalti kedua yang diambil oleh Ashaari Shamsuddin terkena tiang gol.Tendangan pertama dibatalkan setelah pengadil mengesan pemain Terengganu terlalu awal memasuki kotak penalti.Serangan bertali arus terus dilakukan oleh Terengganu namun ketumpulan penyudah oleh barisan depan Terengganu menggagalkan usaha untuk menambah jaringan.Namun gol kedua akhirnya muncul jua apabila sepakan sudut Zairo Anuar singgah di kepala Marzuki Yusuf untuk tenang menanduk masuk ke gawang Pahang.Kedudukan itu melegakan kem Terengganu setelah barisan "elit" Pahang mengasak untuk menyamakan kedudukan sebelum itu.Hassan Basri pemain gantian yang dimasukkan seawal minit pertama akhirnya memberikan hadiah tendangan penalti untuk Pahang setelah mengasari pemain Pahang.Namun tendangan penalti tersebut diselamatkan oleh penjaga gol kebangsaan, Sharibini Allawee untuk kekal Terengganu memenangi perlawanan tersebut. 3 mata yang dikutip oleh barisan Hj Irfan Bakti itu sudah cukup melegakan.Apatah lagi Terengganu masih mempunyai 1 perlawanan dalam tangan berbanding Selangor.Kosistensi dalam permainan dituntut oleh Hj Irfan terhadap anak-anak buahnya untuk terus memberi tekanan kepada Selangor. Manakala TTeam pula, mereka pulang hampa namun mereka sudah pasti akan mempertahankan kelebihan 2 gol keatas Terengganu dalam Piala FA untuk mencatat sejarah menjejakkan kaki ke separuh akhir.Namun 90 minit perlawanan akan menjadi penentu Sabtu ini.TTeam hanya memungut 9 mata dalam Liga Super namun masih mempunyai pe |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 117 guests and 1 member online
- alessandro_zero


