MSL 2010 Previu : Terengganu - Selangor, Johor -T-Team PDF Print E-mail
Written by Eezmo   
Thursday, 21 January 2010 18:52
tersel
1
2
Peluang terbaik untuk skuad Sang Penyu untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Super, Selangor bakal diperolehi apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu ini. Menduduki 2 tangga teratas, kedua-dua pasukan ini menyedari bahawa 3 mata yang menjadi rebutan bakal menjadi 3 mata penting untuk menetapkan haluan cabaran pasukan masing-masing di musim 2010.

Walaupun masih di peringkat awal, 3 mata penuh untuk lebih jauh meninggalkan pesaing terdekat sudah pasti menjadi impian Selangor lebih-lebih lagi pasukan Gergasi Merah itu masih mempunyai dendam untuk membalas penyingkiran mereka dari saingan Piala Malaysia di peringkat suku akhir musim lalu. Bagi Terengganu pula, ini adalah peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan disamping meleburkan rekod tanpa kalah Selangor musim ini.

Di atas kertas, dengan berbekalkan mata maksimum dari 4 perlawanan sebelum ini, Selangor dilihat mempunyai kelebihan namun K.Devan pastinya sedar akan kekentalan Terengganu di laman sendiri lebih-lebih lagi berdasarkan rekod pertemuan di dalam saingan liga, kali terakhir Selangor berjaya muncul pemenang adalah 8 tahun lepas pada tahun 2002. Pada saingan Liga Super musim 2009, bermain di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu berjaya merobek keegoan Selangor 2 - 1 hasil jaringan Azlan Ismail dan Ismail Faruqi Ashaari. Walaupun Azlan Ismail telah pun berhijrah ke Kedah dan Ismail Faruqi Ashaari pula bersama T-Team, peningkatan ketara Abdul Manaf Mamat sejak membarisi kesebelasan utama Terengganu musim lepas dan ketajaman Ashaari Shamsuddin bermula musim 2010, cukup untuk memberi isyarat bahawa Haji Irfan Bakti sebenarnya mempunyai cukup ramuan untuk diadun bagi memastikan penyokong Terengganu yang bakal memenuhi stadium, pulang gembira.

Apapun, pastinya, pertembungan 2 pasukan teratas Liga Super ketika ini akan menjanjikan satu pentas saingan yang sengit dan menarik. Ayuh para penyokong pasukan Terengganu turun memenuhi kapasiti 25,000 orang stadium keramat kita bagi memberi sokongan padu buat Sang Penyu.

Pertembungan di selatan antara Johor dengan T-Team tidak kurang menarik. T-Team yang dibarisi ramai pemain berpengalaman berpeluang cerah untuk merebut 3 mata penuh seterusnya membawa pasukan kembali ke landasan yang sepatutnya lebih-lebih lagi Johor setakat ini mempunyai rekod yang tidak membanggakan ketika beraksi di laman mereka itu musim ini. Setelah dikecewakan Kedah 3 - 0 dan Perak 2 - 0, barisan pemain kendalian Abdul Nasir Yusof pastinya berada di dalam keadaan yang agak tertekan dan anak-anak buah Che Ku Marzuki seharusnya mengambil peluang ini untuk memastikan Johor kekal di tangga terbawah dengan membawa pulang 3 mata penuh ke Kuala Terengganu.

Haris Safwan Kamal yang telah pun menjumpai sentuhan beliau sudah pastinya akan menjadi harapan T-Team untuk merobek benteng Johor yang rata-rata dibarisi pemain-pemain muda. Ismail Faruqi Ashaari dan Rusdi Talib diharapkan dapat memangkin kebangkitan T-Team di selatan tanahair.

Kepada penyokong-penyokong bolasepak Terengganu di Johor, ayuh turun ke Stadium Tan Sri Dato.Hj.Hassan Yunus untuk meberi sokongan kepada pasukan "Young Turtles" ini.

Teruskan berjuang, kami bersamamu.