| MSL 2010 Previu : T-Team -Terengganu |
|
|
|
| Written by Eezmo |
| Monday, 18 January 2010 12:30 |
![]() .
.
El classico ? Perlawanan derby sulung antara dua pasukan adik-beradik, Terengganu dan T-Team bakal menjadi sajian untuk para peminat bolasepak Terengganu apabila kedua-dua pasukan bakal dipertemukan malam esok. Bagaikan AC Milan dan Inter Milan di Milan, bagaikan Celtic dan Rangers di Glasgow, bagaikan Partisan dan Red Star di Belgrade, bagaikan Olympiakos dan Panathinaikos di Athens, Terengganu dan T-Team akan membawa persaingan antara mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi apabila bakal bertemu di dalam satu perlawanan kompetitif di aras liga bolasepak negara yang paling berprestij. T-Team yang buat kali pertama bersaing di dalam Liga Super sudah pasti mahu membuktikan kemampuan dan keupayaan mereka untuk memahat nama selaku antara pencabar kejuaraan edisi kali ini walaupun ketika ini berada didalam keadaan yang agak goyah hasil permulaan yang kurang memberangsangkan dengan keputusan dua seri dan terbaru tewas kepada Pahang di Stadium Darul Makmur.
Dengan himpunan pemain-pemain berpengalaman seperti Rusdi Talib, Subri Sulong dan Ismail Faruqi Ashaari, keputusan tiga perlawanan pembukaan musim T-Team seakan-akan tidak menggambarkan akan kemampuan sebenar himpunan pemain-pemain bintang yang dimiliki pengendali, Che Ku Marzuki Che Ku Mohamad Nor dan pastinya, perlawanan derby ini akan menjadi medan untuk memulakan kebangkitan T-Team. Ketajaman pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Premier tahun lepas, Md Harris Safwan Kamal sudah pasti akan menjadi sandaran T-Team untuk merobek benteng pertahanan pimpinan Md Marzuki Yusoff bersama-sama penyerang baru, Abd. Hadi Yahya. yang setakat ini berjaya mempamerkan aksi kemas pada kejohanan pemanas badan di Kuala Terengganu sebelum bermula saingan musim ini. Barisan pemain T-Team sudah pasti mahu bangkit untuk memburu kemenangan pertama Liga Super dan dengan barisan pemain yang ada, sewajarnya T-Team perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi bekas pengendali Terengganu musim lepas, Ken Worden sendiri meramalkan T-Team bakal mencabar kejuaraan Liga Super musim ini. Di kem Terengganu pula, permulaan musim yang memberangsangkan setakat ini sudah pasti menjadi tonik mujarab untuk terus memotivasikan para pemain. Tiga mata penuh sudah pasti menjadi keutamaan bagi meneruskan tekanan kepada pendahulu liga, Selangor. Tujuh gol daripada tiga perlawanan sudah cukup untuk membuktikan ketajaman barisan hadapan Terengganu yang diketuai oleh Md Ashaari Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat yang berganding baik setakat ini. Md Firdaus Faudzi juga setakat ini telah membuktikan kehadirannya di bumi Sang Penyu ini bukan sekadar untuk memanaskan bangku simpanan. Benteng pertahanan Terengganu pula semakin kukuh dan kejayaan memadamkan usaha penyerang-penyerang ternama Kelantan tempohari memberikan keyakinan kepada para peminat bahawa kubu Md Marzuki Yusoff dan Ronny Harun serta Sarbinee Allawee Ramli di gawang sesungguhnya berada pada prestasi terbaik mereka. Dengan misi yang berbeza, kedua-dua pasukan mempunyai impian yang sama, jelas untuk mengatasi antara satu sama lain. Persaingan ini sudah pasti akan menghasilkan satu pertembungan menarik, hebat dan cukup emosional untuk tontonan para peminat bolasepak Terengganu. El classico? Hari Selasa ini akan menjadi titik mula saingan derby terhebat negara. Ayuh bersama-sama ke stadium untuk memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan. Teruskan berjuang, kami bersamamu. |
Perlawanan Berikut
| 13-03-2010 20:45 | ||
| Terengganu | vs | Pahang |
| 13-03-2010 20:45 | ||
| Perak | vs | T-Team |
Carta MSL 2010
| № | Team | Played | Points |
|---|---|---|---|
| 1 | Selangor | 9 | 22 |
| 2 | Terengganu | 8 | 17 |
| 3 | Johor FC | 8 | 16 |
| 4 | Kelantan | 8 | 15 |
| 5 | Kedah | 8 | 13 |
| 6 | Pahang | 8 | 13 |
| 7 | N. Sembilan | 7 | 11 |
| 8 | Perlis | 8 | 11 |
| 9 | Kuala Lumpur | 8 | 10 |
| 10 | T-Team | 8 | 9 |
| 11 | Perak | 8 | 6 |
| 12 | PLUS FC KL | 8 | 5 |
| 13 | Pulau Pinang | 9 | 5 |
| 14 | Johor | 7 | 1 |
Terengganu FM
Siapa di Talian?
We have 141 guests and 27 members online
- zamganu
- rizie
- geng_ganu
- Semie
- eric cantona Jr.
- TATI69
- nofa
- kudin_hamlau
- kyoul
- ganuboyz
- Amni san
- tganudagreat
- Duwey
- lori
- alienx
- fganugirls
- aminuddin.ab
- mdjamal
- trgboy
- TuaLanG85
- sir alex ferguson jr
- vida
- ajoi
- BudokGanu
- didinho
- Ryo




