| Liga Super Malaysia 2009 |
|
|
|
| Written by MP |
| Sunday, 28 June 2009 09:45 |
|
Mohd Ashaari Wira Terengganu di Paroi Keputusan Penuh : PDRM ( 1 ) vs Terengganu ( 4 ) 27hb Jun , Paroi, Keletihan kerana kepadatan jadual perlawanan ternyata tidak menghalang pasukan sang penyu untuk mencatatkan kemenangan penting ditempat lawan pada aksi mereka malam tadi. Dalam tempoh 48 jam selepas aksi menentang KM Naza pada rabu lalu kerana beraksi dalam perlawanan tertunda akibat halangan cuaca.Terengganu terpaksa bertolak ke Paroi yang keadaan fizikal yang tidak begitu cergas sepenuhnya. Namun terpaksa akur dengan jadual yang telah disusun terlebih dahulu. Terengganu yang membuat rombakan kecil sebelum sepak mula telah memasukkan Saiful Rusly sebagai bek kanan kerana mengganti Muhaimin yang digantung 1 perlawanan kerana menerima 3 kad kuning dan Che Ku turut dimasukkan selaku pemain utama kerana menggantikan Shahrizam yang bermain diposisi bek tengah yang kurang cergas kerana mengelami kecederaan dan ditempatkan dibangku simpanan dan 9 pemain lain seperti, Sarbini, Marzuki, Zairo, Abd Manaf, Ashaari, Tengku Hazman, Syazlan, Saiful Ezrin dan Azlan Ismail kekal sebagai tonggak utama pasukan. Aksi separuh masa pertama memperlihatkan persembahan biasa yang dipamerkan oleh Terengganu yang lambat panas mencari rentak permainan dan sentiasa melakukan kesilapan dari hantaran dan penyudah yang tidak berkesan malah agak membosankan kerana permainan banyak berada ditengah padang disamping kesungguhan pasukan PDRM yang sentiasa mengawal pemain utama Terengganu seperti Ashaari , Azlan dan Manaf dari dicerobohi benteng terakhir mereka.PDRM hampir meletakkan mereka dihadapan hasil kesilapan bahagian pertahanan yang berlaku salah faham membuat hantaran dan dicuri baik oleh penyerang PDRM yang mengawal bola dengan baik setelah berjaya melepasi halangan teakhir yang dikemudi Marzuki namun kegopohan pemain tersebut melakukan penyudah menyebabkan peluang keemasan itu terlepas begitu sahaja. Terengganu cuba bangkit dari lamunan mimpi dan menyusun serangan yang banyak digerakan melalui sayap kiri yang dimulai Syazlan Alias untuk menghantar kepada Ashaari dan diumpan kepada Azlan dan Abd Manaf selaku penggempur dibarisan hadapan. Kawalan yang penuh bertenaga dari pasukan lawan dibarisan pertahanan mereka menyebabkan penyerang Terengganu buntu mencipta ruang dan peluang dan hanya sekali berjaya mencemaskan pihak lawan apabila percubaan Azlan Ismail diluar kotak penalti ketika keadaan kelam kabut terkena tiang gol sebelah kiri lawan dan bola kembali melantun keluar dan berjaya diselamatkan oleh pertahanan lawan.Wisel penamat dibunyikan diseparuh masa pertama dengan aksi kedua-dua pasukan agak membosankan kerana tiada percubaan yang menarik yang berjaya dipamerkan. Separuh masa kedua berlangsung dengan skrip yang amat berbeza apabila 5 gol berjaya diciptakan dimana 4 gol dihasilkan oleh skuad Terengganu dan 1 gol menerusi pemain PDRM. Aksi jaringan gol mula dapat dipertonton oleh peminat yang hadir seawal minit pertama menerusi gerakan awal dari Abd Manaf yang menghantar bola kepada Azlan Ismail yang menerima dengan baik untuk menjaringkan namun kegopohan beliau memperlihatkan bola terkena palang dan melantun keluar namun agak bernasib baik bola tersebut hinggap ke kaki Ashaari yang tidak melengahkan masa untuk melakukan percubaan dengan sepakan terus ke penjuru kiri pintu gol PDRM tanpa dapat diselamatkan penjaga gol lawan pada minit 46. Gol semangat untuk pasukan Terengganu ternyata menaikkan aura pemain Terengganu untuk memburu gol seterusnya dan disusuli 3 minit kemudian Abd Manaf berjaya menempatkan nama beliau sebagai penjaring pada malam tersebut apabila percubaan sepakan sudut yang dilakukan dua kali berturut-turut oleh Zairo telah menghadiahkan gol kedua Terengganu menerusi tandukan kebelakangan yang cantik dari Abd Manaf yang melonjakan dan melakukan tandukkan mengatasi lawan ke penjuru kanan gol lawan tanpa sempat diselamatkan oleh penjaga gol PDRM untuk meletakankan Terengganu selesa 2 gol dihadapan namun Terengganu telah dihukum oleh pasukan tuan rumah apabila 3 minit kemudian lawan berjaya memperolehi jaringan mudah hasil kesilapan pertahanan Terengganu yang melibatkan faktor pesefahaman antara Che Ku Musydi dan Saiful Ezrin telah membenarkan lawan membelosi pintu gol Terengganu yang turut gagal diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu , Sarbini Alawee. Gol tersebut ternyata telah mengejutkan para pemain Terengganu dan mereka kembali menyusun langkah dan gerakan menggempur kubu lawan . Aksi pemain kedua-dua pasukan semakin lemah dan tidak bertenaga terutama pasukan lawan yang banyak menggunakan tenaga diseparuh masa pertama untuk mengancam kubu Terengganu. Pasukan PDRM banyak kesilapan melakukan hantaran dan ini telah diambil kesempatan oleh barisan pemain Terengganu untuk memburu gol seterusnya namun gol yang dicari hanya hadir pada penghujung 10 minit terakhir perlawanan apabila gerakan sebelah kiri Terengganu telah dilambungkan didalam kotak penalti PDRM dan berlaku situasi kelam kabut dimana Ashaari yang beradai diposisi terbaik melakukan sepakkan kencang untuk meletakkan Terengganu 3-1 dihadapan. Sebelum itu Azlan Ismail turut berjaya menghasilkan gol hasil gerakan melibat Abd Manaf dan Ashaari namun telah dibatalkan oleh pengadil kerana memasuki perangkap offsaid. Gol keempat Terengganu hadir menerusi gerakan sebelah kanan pintu gol PDRM oleh Abd Manaf dan disilangkan oleh beliau untuk diterima baik oleh Azlan Ismain di luar kotak penalti lawan dengan melakukan gelecekan menarik untuk mengatasi lawan seterusnya memasuki kotak penalti PDRM untuk melakukan sepakan kencang tanpa berjaya diselamatkan oleh penjaga gol PDRM untuk kali ke-4 dan hingga wisel penamat dibunyikan kedudukan kekal 4-1 untuk membolehkan Terengganu mengutip 3 mata penuh dan membaiki kedudukan dari tangga ke -6 melonjak ke tangga ke-4 berkongsi mata dengan pasukan Kedah.
|
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
- BudokGanu
- lori


