| PERTEMBUNGAN MENCARI 3 MATA |
|
|
|
| Written by terraadvertising |
| Tuesday, 16 June 2009 14:31 |
|
TM LIGA SUPER 2009
TERENGGANU lwn KL PLUS 16 JUN 2009 STD SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH 8.45 MALAM Terengganu kembali ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini untuk pertemuan Liga Super 2009 menentang Plus FC setelah Stadium yang menjadi kebanggan sebelum ini tidak dapat digunakan akibat runtuhan bumbung yang belum pasti bila akan kesudahannya.
Tempoh rehat lebih kurang 3 minggu yang dinikmati oleh pemain kedua-dua pasukan menjanjikan satu persembahan menarik akan dipertontonkan dan sememangnya tuan rumah Terengganu pasti akan bermati-matian untuk memungut 3 mata penuh apatah lagi masih segar dengan semangat 2 kemenangan berturut2 yang dipungut di Stadium Utama Kangar dan juga SSMZA.Semangat berkobar-kobar para pemain sang penyu yang ditunjukkan ketika sessi latihan semestinya memberikan kesukaran kepada para pemain Plus FC untuk bertindak lebih garang.Dengan kehadiran semula Kapten pasukan, Marzuki Yusuf yang digantung dua perlawanan sebelum ini menggandakan lagi semangat para pemain Terengganu untuk terus mencari mangsa.Azlan Ismail yang sebelum ini ditugaskan untuk mengambil posisi Marzuki di bahagian pertahanan akan kembali semula ke posisi asalnya sebagai penyerang.Persembahan baik yang ditonjolkan ketika beraksi selaku pemain pertahanan diharapkan terus konsisten walaupun malam ini diposisi yang berlainan.Turun selaku penjaring terbanyak pasukan, Azlan Ismail sudah semestinya dirantai oleh pemain pertahanan Plus FC yang juga bekas pemain pinjaman Terengganu musim lalu iaitu Hairul Nizam Hanif. Mat Zan Mat Aris yang pernah membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia 8 tahun lalu pastinya kepeningan untuk mencari pemain bagi mengekang kelincahan penjaring hatrik ketika membenam cabaran Johor FC 3 minggu lepas, Ashaari Shamsuddin.Kawalan rapi pasti diberikan namun mereka terlupa bahawa Abdul Manaf Mamat juga bakal menjadi duri dalam daging yang mana Manaf Mamat semakin dipercayai oleh jurulatih Ken Worden untuk berpasangan dengan Azlan dibahagian hadapan.Mungkin sedikit terasa ekoran ketiadaan Ismail Faruqi yang masih dalam rawatan namun dua perlawanan yang dilalui oleh kesebelasan utama Terengganu sebelum ini menemui kemenangan walaupun tanpa kehadiran Ismail Faruqi.Penggantinya sudah pasti adalah yang terbaik. Dipihak Plus FC pula, pemain tengah mereka yang juga pernah menyarung jersi Terengganu secara pinjaman 3 musim lalu semestinya menjadi penggerak utama pasukannya untuk cuba membawa 3 mata penuh ke Kuala Lumpur.Reeshafiq Alwi yang membantu pasukannya menundukkan Terengganu di gelanggang sendiri awal musim ini pastinya diberi tugas khas untuk merencanakan gerakan sekaligus membawa Plus FC kemenangan yang diimpikan.Cabaran sengit perlu dilalui oleh kesebelasan utama Ken Worden andai mengimpikan 3 mata berharga.Mungkin itulah kata-kata tepat yang ditujukan kepada pemain Terengganu. Namun segala cabaran, ranjau, onak dan duri pasti akan dilalui oleh pemain-pemain Terengganu.Tidak kira apa cara sekalipun, kemenangan mesti berada di genggaman.Kemenangan seterus mesti dicari.Kemenangan untuk mengangkat pasukan ke kedudukan yang lebih baik.Kemenangan ini bukanlah sukar untuk diperolehi andainya barisan ampuh milik Ken Worden ini dapat mempamirkan satu persembahan yang jitu serta tidak leka dan mampu menjaringkan gol2 untuk kemenangan.Wira-wira Terengganu sememangnya sudah bersiap sedia untuk bertarung malam ini. |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 168 guests and 1 member online
- lori


